in ,

Wanita Kongsi Pengalaman Terjumpa Bangkai Ular Sawa Dalam Kereta

Apa perasaan anda jika pulang dari kerja terbau kereta macam bangkai? Bila berhentikan kereta sebentar untuk isi angin tayar, tiba-tiba ternampak darah menitik? Gulp… Min baca kisah ni pun dah meremang bulu roma. Jom ikuti kisah wanita ini.

Tiba-tiba balik kerja, kereta bau macam bangkai. Kebetulan berenti nak pi boh angin tayar, lepas tu perasan macam ada darah menitik. Likat. Pastu banyak lalat besar datang hurung. Nak bukak, tapi takut.

Tengok depan macam tak ada kesan langgar apa-apa. Lagipun darah tu macam menitik dari dalam kereta.

Tunggu bantuan sampai. Dari sini pun dah boleh bau bangkai. Lalat pun dah start hurung balik.

UPDATE: Selepas disuluh, they saw a snake’s head. Suspek ular sawa, sebesar lengan lelaki dewasa. So… Iriz Premium untuk dijual. PM for best price.

Samian took few pictures but I still cannot bring myself to look at it.

Minions be having field trip, seronok ambik gambar ular tersepit dalam kereta. Kaki aku dah lembik tak boleh nak drive. Panggil Amar datang untuk bawakkan kereta pergi rumah minions untuk buang dan cuci.

Amar: Uish besaq ulaq ni. Ni kalau dia bukak mulut dia, muat nak makan Kak Dila ni. Me: ………….

Projek mengeluarkan apa yang tak patut ada dalam ni.

UPDATE 2.0: Ular melilit dalam tu. Gambar depa dah ambik banyak, tapi aku masih tak berani nak tengok. Nanti dah setel, baru aku tengok dan update.

Depa keluarkan bateri aku untuk alihkan ular, pastu depa heran kenapa tak boleh start kereta aku untuk pusingkan tayar. Ular tu dah keras melilit. Nak kena bukak fender untuk keluarkan dia.

Aku tengah bayangkan nasib aku, kalau aku tak ada minions untuk tolong. Ni pun sejenis rezeki jugak ni. Rezeki ada orang jagakan walaupun jauh dari keluarga.

The smell is super strong, minions had to put on mask while working on it. Aku tak sure la bila dia mati sebab pagi tadi serius tak bau. Or else I would’ve noticed it. Sebab busuk gila.

Still working on the fender. Pastu Amar terkejut sebab bila dia ngendap celah fender tu, tetiba dia nampak ular jdhdhshshs.

Bandi had to wrap his hands with plastic bags sebab dia kata dia belum makan and bau ular tu akan melekat kat tangan. Now I feel bad sebab kacau depa. Depa baru balik dari pasar malam when I called.

TEASER: Ular susah untuk dikeluarkan sebab ekor dia dah naik sampai dashboard. Habis depa kena bukak kereta aku. Aku cakap bukak lah apa pun, asalkan ular keluar. Nanti aku pi bengkel.

TEASER: Masih sangkut. Ni tak sampai separuh badan lagi.

TEASER: Depa tak habis habis kata ni kalau makan kaki aku, senang senang ja ni.
TEASER: Tali pinggang untuk dijual…..

TEASER: Aku memang hari-hari rumah-offife sahaja. Tak ada hutan. Hutan konkrit saja. Tapi tengok lah… Periksalah kereta anda!

TEASER: Suku badan masih tersepit. Sebab gemuk, tak boleh nak tarik keluar.

TEASER: Finally. After almost three hours.

TEASER: Hagitchewww kejayaan. Hampir 3.6 meter panjang. Kau rasa???

TEASER: Meow……….. Why?

Terima kasih kepada minions saya, sebab tolong Adila malam ni. I’m really glad sebab selalu boleh count on you guys. Kesian memasing tak sempat makan makanan pasar malam panas panas.

Dah la susah susah keluarkan, now tolong basuhkan kereta lagi. Pastu kena pasang balik semua yang depa bukak tadi.

TEASER: Untuk yang risau, nobody killed it. It was already dead, sebab tu boleh perasan ada ular mati. Awal thread lagi dah tulis bau bangkai. Jangan la cakap kitorang bunuh. Kalau hidup, panggil bomba la.

Dahhhh kesian kena pasang balik semua lagi.

Amar duk cakap ‘sorry’ sebab tercalarkan kereta aku sikit. Then ada few stuff yang patah. Aku cakap takpa, kereta boleh buat. Yang penting, ular blah. Shedappp bau dia.

Minions ni sebenarnya budak-budak site Adila. Indonesian and Malaysian. Bukan strangers. Memang baik dengan Adila.

Terima kasih kepada frontliners saya. Geng raja ular gitchewww… Sorang lagi dah masuk rumah. Semua selesai! Alhamdulillah.

I am so sorry pada yang takut ular, I didn’t mean to scare anyone. Thread ni memang semata untuk buat kenangan di masa depan. To anyone yang enjoy my thread, I had fun serving you! Anyhoo… Jangan lupa check kereta for animals. Ini park kat bandau ni. Cyberjaya lagi tu.

Kredit: @adilakaman