Senarai Yang Dipertuan Agong Terkini

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Senarai Yang Dipertuan Agong pertama hingga kini (2023/2024) yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Senarai Yang Dipertuan Agong Pertama Hingga Kini (2023/2024) (ecentral.my)

Menarik: Jata Negara : Sejarah & Maksud Lambang Rasmi Kerajaan

Apa itu Sistem Demokrasi Berparlimen & Raja Berpelembagaan Di Malaysia

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini.

Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukkan oleh Perlembagaan, institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. 

Raja-raja Melayu adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Tugas YDP

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri Besar masing-masing.

Manakala dalam Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu:

1.Yang Di-Pertuan Agong
2.Dewan Negara
3.Dewan Rakyat

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen.

Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal  terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang.

Senarai Yang Dipertuan Agong Yang Pertama Hingga Kini (2023)

Berikut dikongsikan senarai Yang Dipertuan Agong yang pertama hingga terkini (2023).

yang dipertuan agong senarai malaysia
yang dipertuan agong senarai malaysia ydp ydpa
yang dipertuan agong senarai malaysia ydp ydpa
yang dipertuan agong senarai malaysia ydp ydpa
yang dipertuan agong senarai malaysia ydp ydpa
yang dipertuan agong senarai malaysia ydp ydpa
yang di-pertuan agong
yang di-pertuan agong
yang di-pertuan agong
yang di-pertuan agong
yang di-pertuan agong
yang di-pertuan agong
yang di-pertuan agong
yang di-pertuan agong
yang di-pertuan agong
yang di-pertuan agong

Sumber: Senarai Yang Dipertuan Agong Pertama Hingga Kini (2023/2024) (ecentral.my)