Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Apa kegunaan Zinclofer? Ketahui fungsi dan kandungan ubat ini. Artikel asal dikongsikan dalam laman Zinclofer Untuk Apa? Berikut Fungsi, Kandungan dan Ubat (theasianparent.com)
Lain: Kebaikan Beras Perang Untuk Kesihatan
Fungsi dan Kegunaan Zincofer
Sekiranya anda diberi pil Zincofer untuk diamalkan sepanjang kehamilan, anda tidak perlu lagi mengambil asid folik. Ini kerana Zincofer mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan sepanjang kehamilan, termasuklah asid folik.
Selain itu, Zincofer bertujuan bagi menaikkan kadar kepekatan darah pada ibu hamil, atau dalam bahasa ringkasnya, menaikkan HB. Tahap kepekatan darah yang baik sangat penting untuk perkembangan kehamilan yang sihat dan baik untuk tumbesaran janin.
Walau bagaimanapun, sesetengah ibu hamil mengalami ketidakselesaan selepas mengambil Zincofer seperti berasa mual, pening dan tidak cergas.
Ini menyebabkan wanita hamil mencari alternatif lain yang mempunyai khasiat yang sama, namun tidak memberikan kesan terhadap tubuh seperti Zincofer.
Ubat Tambah Darah Untuk Wanita Hamil Selain Zincofer
Berikut adalah senarai ubat tambah darah untuk wanita hamil selain Zincofer
1. Ubat Tambah Darah : Obimin
Suplemen ini memiliki kandungan multivitamin dan mineral yang diperlukan tubuh sepanjang kehamilan dan juga semasa menyusukan anak.
2. Iberet
Ubat ini adalah produk multivitamin dan besi yang digunakan untuk merawat atau mencegah kekurangan vitamin kerana diet yang tidak baik, penyakit tertentu, atau semasa kehamilan. Vitamin dan besi adalah penting untuk membina badan dan membantu menjaga kesihatan anda.
3. Maltofer
Rawatan kekurangan zat besi tanpa anemia dan anemia kekurangan zat besi. Yang menariknya, maltofer juga rasa lebih sedap macam makan gua-gula.
4. Sangobion
Sangobion juga bermanfaat untuk mengatasi kurang darah atau anemia. Sebagai suplemen penambah darah, Sangobion berisi zat besi yang dapat mencegah dan mengatasi anemia.
Sumber: Zinclofer Untuk Apa? Berikut Fungsi, Kandungan dan Ubat (theasianparent.com)