7 Nasihat Lirik Lagu Oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza

7 Nasihat adalah lagu yang dinyanyikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo dan Luca Sickta yang sedikit berbeza kerana ianya genre rap. Ini adalah lagu rap kedua daripada Siti Nurhaliza selepas lagu Dua Dunia (kolaborasi bersama Too Phat). Ikuti 7 nasihat lirik lagu di bawah ini untuk informasi anda.

Lirik Lagu Lain: Lirik Kita Jaga Kita

Lagu : 7 Nasihat
Penyanyi :  Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
Komposer : Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd)

Lirik Lagu 7 Nasihat

Berikut adalah 7 Nasihat lirik lagu:

[DATO’ SITI NURHALIZA]
Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau


(Pre Chorus)
[DATO’ SITI NURHALIZA / KMY KMO / LUCA SICKTA]
Dulu tunggu diturut balik
(dulu tunggu turut balik)
Dulu diam sekarang celik
(dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(dulu diam sekarang cerdik)


(Verse 1)
[DATO’ SITI NURHALIZA]
Nak dilenturnya buluh, biar dari rebungnya
Kelak pasti mereka, kan terjaga akhlaknya
Nak dibentukkan tubuh, bukan dari benkungnya
Susun atur mereka, sebelum kenal dunia


Habis main di tanah,
sebelum senja ke rumah,
Takut nanti tersalah,
bawa pulang masalah
Tak endah yang sekarang,
cakap jangan sebarang
Elok awal di larang, 
untuk kau jadi orang
[DATO’ SITI NURHALIZA / KMY KMO / LUCA SICKTA]

Nasihat Dalam 7 Nasihat

Nasihat yang disampaikan ada di dalam bait-bait lirik pada lagu 7 nasihat ini. 6 daripadanya dilontarkan oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta manakala 1 nasihat dilontarkan oleh Siti Nurhaliza sendiri. Jadi disini disertakan 7 nasihat tersebut.

  1. Nak Berjaya Jangan Sombong
  2. Dahulukan Hormat
  3. Jaga Lidah Dan Tulisan
  4. Jangan Lupa Diri
  5. Bersihkan Hati
  6. Berbaik Budi Sesama Kita
  7. Ingat Pesan Yang Tua

Sumber: hellokerja.com