Lirik Kita Jaga Kita

Kita jaga kita adalah lagu tema rasmi kedua atau ost Ejen Ali The Movie. Lagu sebelum ini, lagu Bukalah Matamu yang dinyanyikan oleh Aisyah Aziz dan Bunga pada September 2019 mendapat maklumbalas positif dari kebanyakkan orang. Dalam artikel ini kami akan kongsikan Kita Jaga Kita lirik.

Bacaan Lain: Cara Jaga Bateri Phone Dan Cara Mengecas Telefon Dengan Betul

Untuk pengetahuan anda, lirik Kita Jaga Kita ini disediakan oleh Altimet dan Bo Amir Iqram. Lagu ini turut dinyanyikan oleh Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah. Berikut adalah maklumat tambahan mengenai lagu Kita Jaga Kita

Lagu : Kita Jaga Kita
Penyanyi : Malik Abdullah, Altimet & Cuurley
Komposer : Cuurley
Lirik : Altimet & Bo Amir Iqram

Kita Jaga Kita Lirik

Kini diriku tidak bersimpati
Masa depan ku kabur tetapi
Mataku cerah kian menyala
Semua halangan tak bermaya
Semangatku, Membara

Laungkan suaraku memanggilmu
Bersama lalu jalan berliku
Walaupun tiada yang bersudi
Ku akan tetapi berjuang sendiri
Sentiasa, Kita Jaga Kita

Mereka tiada masa untuk kita
Cuma kita berjasa untuk kita
Mereka takt ahu rasa hati kita
Sama-sama kita
Kita Jaga Kita
Kita Jaga Kita

Siapa lagi kalau bukan kami
Orang luar jangan kecik hati
Siapa lagi kalau bukan kami
Jemput datang kalau berani

Aku saing untuk menang
Cakap terang orak tenang
Kalau pagi patah sayap
Petang aku cuba terbang
Campak aku dalam hutan
Semua rimau aku serang
Ikat tangan masuk gelanggang
Aku masih boleh tendang
Belakang aku tak lengang
Kalau nampak jangan cengang
Kalau kacau bendang kami
Nanti dengar gendang perang
Lepas tawan yang disini
Lawan yang seberang

Bukan kami tak kenal tempat
Tuah kami kurang jadi lebihkan jebat
Walaupun satu dua kerat
Kami tetap kejar
Kejayaan yang semakin dekat

Bukan kami tak pandai lihat
Yang atas makan besar
Bila bawah yang bergiat

Jadi kami pasang niat
Baikkan keadaan semua yang terlibat

Laungkan suaraku memanggilmu
Bersama lalu jalan berliku
Walaupun tiada yang bersudi
Ku akan tetapi berjuang sendiri
Sentiasa, Kita Jaga Kita

Mereka tiada masa untuk kita
Cuma kita berjasa untuk kita
Mereka tak tahu rasa hati kita
Sama-sama kita
Kita Jaga Kita
Kita Jaga Kita

Siapa lagi kalau bukan kami
Orang luar jangan kecik hati
Siapa lagi kalau bukan kami
Jemput datang kalau berani