in

Koleksi Teka Teki Lucu, Susah, Lawak 2021 (Soalan & Jawapan)

teka teki

Apa itu teka teki? Teka Teki adalah satu aktiviti menguji minda yang dimainkan sepanjang zaman tanpa mengenal usia. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan koleksi teka teki dan jawapan untuk teka teki lucu, teka teki susah, teka teki lawak, teka teki paling susah, teka teki bodoh, teka teki senang terkini 2021.

Tips lain: Cara Beli Channel Njoi, Harga & Senarai Saluran Njoi

Teka Teki

Teka Teki Lucu

Soalan Teka Teki 1: Sebuah basikal ada tayar, lepas tayar pulak ada tempat duduk, lepas tempat duduk ada pulak besi, lepas besi, ada handle, lepas handle apa?
Jawapan Teka Teki 1: Jatuh! Aduh sakitnya bukan kepalaaaaaang!

Soalan Teka Teki 2: Ada satu benda ni, kalau kita tak bagitahu orang yang kita ada dia, dia akan tetap ada. Tapi, kalau kita bagitahu je orang, terus dia jadi tak ada. Apakah benda ni
Jawapan Teka Teki 2: Rahsia. Bila dah bagitahu orang, takdelah rahsia lagi.

Soalan Teka Teki 3: Dalam banyak-banyak api la kan, ada sejenis api yang tak panas. Api apa tu?
Jawapan Teka Teki 3: Bil api (Biasa-biasa memang tak panas, tapi kalau tinggi boleh bikin panas..hehe)

Soalan Teka Teki 4: Ketika dicari memang susah nak dapat. Tapi bila dah dapat, ia dibuang macam tu saja. Apa bendanya tu?
Jawapan Teka Teki 4: Tahi hidung. Hah tanya lagi tahi hidung sape.

Soalan Teka Teki 5: Masa pergi dia terbang, masa balik dia berenang-renang. Siapa dia?
Jawapan Teka Teki 5: Mata kail. Abam kaki mancing takkan tak boleh jawab kot.

Soalan Teka Teki 6: Kenapa Superman selalu pakai baju ketat je?
Jawapan Teka Teki 6: Nak buat macam mana, dah baju dia saiz S.

Soalan Teka Teki 7: Dia ada banyak kaki, tapi dia bukan binatang. Dia lalu ikut landasan, tapi dia bukan keretapi. Apakah dia?
Jawapan Teka Teki 7: Zip.

Soalan Teka Teki 8: Apakah binatang yang hidup di udara, darat, dan juga air?
Jawapan Teka Teki 8: Burung Raja Udang, sebab dia jadi burung di udara, raja di darat, dan udang di laut.

Soalan Teka Teki 9: Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?
Jawapan Teka Teki 9: Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).

Soalan Teka Teki 10: Kalau seorang, dia sendiri tahu. Bila berdua pula, dua-dua mesti tahu. Tapi kalau bertiga, tiada yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat pula, lagilah tak tahu. Apa dia tu?
Jawapan Teka Teki 10: Kentut (lagi-lagi yang jenis silent killer.. senyap tapi membunuh.)

Teka Teki Lawak

Soalan Teka Teki 11: Lampu trafik ni mula-mula kuning. Lepas tu merah. Lepas merah, hijau. Lepas hijau, apa?
Jawapan Teka Teki 11: Jalan la, nanti kang tak pasal-pasal kena hon.

Soalan Teka Teki 12: Sekolah apa yang tak gurunya tak ada, muridnya pun tak ada?
Jawapan Teka Teki 12: Sekolah cuti la.

Soalan Teka Teki 13: Saya ada 11 tangan, 24 kaki, dan 7 kepala. Siapa saya?
Jawapan Teka Teki 13: Saya penipu besar. Hahaha jangan marah aa.

Soalan Teka Teki 14: Apa benda yang kita boleh nampak, tapi bila kita cuba pegang tak dapat-dapat walaupun dia tak lari pun?
Jawapan Teka Teki 14: Air.

Soalan Teka Teki 15: Ada 3 sekawan pergi mandi-manda di kolam renang. Tapi lepas mandi, hanya 2 orang yang kepalanya basah. Kenapa yang lagi seorang ni tak basah?
Jawapan Teka Teki 15: Sebab dia botak.

Soalan Teka Teki 16: Adalah sebuah kampung terpencil di selatan Malaysia, ada seorang perempuan yang baru melahirkan anak. Lepas anak dia lahir, dia terus namakan “Sarah”. Kenapa ?
Jawapan Teka Teki 16: Sebab anak dia perempuan. Atau mungkin dia peminat Siti Sarah.

Soalan Teka Teki 17: Ada brader ni nak naik bas, tapi Dia ada 50 sen je. Masalahnya, tambang bas ke tempat dia nak pergi tu kena bayar 60 sen. Cuba teka apa dia buat untuk dapat ke tempat tu??
Jawapan Teka Teki 17: Buat muka seposen.

Soalan Teka Teki 18: Apa benda yang kita boleh tengok dengan cermin tetapi tak boleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri?
Jawapan Teka Teki 18: Telinga kita.

Soalan Teka Teki 19: Kalau gajah meniti, titi tu patah. Lepas tu kambing pulak yang nak lalu. Hah, apa pulak yang patah?
Jawapan Teka Teki 19: Patah balik.

Soalan Teka Teki 20: Kenapa agaknya hidung lembu biasanya berair?
Jawapan Teka Teki 20: Sebab lembu tak pandai kesat hidung dengan tisu. Lagi satu sebab tak tahan bau tuan dia.

Teka Teki Bodoh

Soalan Teka Teki 21: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?
Jawapan Teka Teki 21: Kuih-Teow. Ahaks.

Soalan Teka Teki 22: Perkataan apa yang dieja salah dalam kamus?
Jawapan Teka Teki 22: SALAH.

Soalan Teka Teki 23: Bila masa yang anda teruskan ketika merah, pastu berhenti ketika hijau?
Jawapan Teka Teki 23: Ketika makan tembikai.

Soalan Teka Teki 24: Siapa yang hilang kepala di waktu pagi, tapi ada kepala semula di waktu malam?
Jawapan Teka Teki 24: Bantal.

Soalan Teka Teki 25: Saya berada di atas air, tapi tak boleh berenang atau bergerak. Siapa saya?
Jawapan Teka Teki 25: Jambatan.

Soalan Teka Teki 26: Kenapa doktor tutup mulut dan hidung tiap kali buat pembedahan?
Jawapan Teka Teki 26: Yela, kalau tutup mata tak nampak la nak buat pembedahan.

Soalan Teka Teki 27: Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia?
Jawapan Teka Teki 27: Taugeh.

Soalan Teka Teki 28: Ada sungai tak ada air, ada pokok tak ada buah, ada rumah tak ada orang. Apa dia?
Jawapan Teka Teki 28: Peta.

Soalan Teka Teki 29: Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa warna hitam?
Jawapan Teka Teki 29: Bunga tayar.

Soalan Teka Teki 30: Bila gajah jadi monyet, lalu singa jadi monyet, dan kambing juga jadi monyet. Maka, monyet jadi apa?
Jawapan Teka Teki 30: Monyet jadi banyak daa.

Teka Teki Senang & Teka Teki Matematik

Soalan Teka Teki Matematik 1: Dalam satu pertandingan lumba lari, anda telah berjaya memotong pelari di tempat ke-2. Jadi, sekarang anda di tempat yang ke berapa?
Jawapan Teka Teki Matematik 1: Nombor 2.

Soalan Teka Teki Matematik 2: Ambil 1000 dan tambah 40. Sekarang tambah lagi 1000. Kemudian, tambah lagi 30, dan lagi 1000. Lepas tu, tambah 20, tambah 1000, dan akhir sekali 10. Jadi, berapa yang anda dapat?
Jawapan Teka Teki Matematik 2:
Sape yang jawab 5000 tu salah ya. Jawapan yang betul adalah 4100.

Soalan Teka Teki Matematik 3: Dalam kalendar setahun, ada bulan yang ada 30 hari, dan ada bulan yang hanya ada 31 hari. Jadi, berapa bulan yang ada 28 hari?
Jawapan Teka Teki Matematik 3: Semua bulan la.

Soalan Teka Teki Matematik 4: Satu hari anda sakit kepala. Dalam banyak-banyak ubat, doktor bagi 3 biji ubat je. Tapi syaratnya, anda perlu makan satu biji setiap setengah jam. Jadi, berapa lama anda perlukan untuk makan kesemua 3 biji ubat tu?
Jawapan Teka Teki Matematik 4: 1 jam, bukan 1 jam setengah. Contoh: Ubat pertama makan pukul 1:00, ke-2 pukul 1:30, dan ke-3 pukul 2:00.

Teka Teki Paling Susah

Soalan Teka Teki Susah:

Saya rasa semua orang pernah dengar soalan teka teki ini, tapi sampai sekarang pening macam mana nak jawab.

Usop hendak membeli sepasang baju baru berharga RM20. Sebab dia tak ada duit, dia pinjam RM10 daripada Ayah, dan lagi RM10 daripada Ibu. Maka, dengan happy Usop pergi ke Jakel untuk membeli baju baru tu. Tapi bila dah sampai, alih-alih ada diskaun RM5. Jadi, Usop pun beli la baju tu dan masih ada baki RM5. Bila balik rumah, Usop bagi RM1 kat Ayah dan RM1 kat Ibu. Jadi sekarang, Usop hutang ayah RM9 dan hutang ibu pun RM9.

Kalau fikir balik, kat tangan Usop tinggal RM3.

RM9+RM9+RM3=RM21

Tapi Usop pinjam RM20 je tadi. Macam mana boleh ada lebih RM1?


Jawapan Teka Teki Susah:

Sebenarnya tak patut dikira duit yang ada pada Usop sebab dah kira dalam jumlah duit yang Usop masih pinjam. So, kiraan yang betul adalah RM9+RM9+RM2 (dah diberi kepada Ayah & Ibu) = RM20

Sumber: aliff