Cara Beli Channel Njoi, Harga & Senarai Saluran Njoi

Anda pengguna Astro Njoi? Selain saluran asas Njoi, anda boleh nikmati saluran tambahan yang boleh dibeli pada bila-bila masa. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan cara beli channel Njoi, harga channel Njoi dan senarai saluran Njoi yang ditawarkan untuk tahun 2021 ini.

Tips Astro lain: Cara Setting Remote Astro Untuk Sambung Dengan TV, Senarai Nombor Channel Astro Yang Baru

Cara Beli Channel Njoi

Apa itu Astro Njoi

Njoi adalah siaran televisyen berbayar oleh Astro yang menawarkan 22 saluran TV dan 20 saluran Radio untuk hiburan, informasi dan pembelajaran. Njoi adalah pilihan yang lebih menjimatkan berbanding Astro kerana harganya yang lebih murah.

Beza Njoi dengan Astro adalah:

  •  Tiada Bayaran Bulanan (anda hanya perlu bayar sekali sahaja untuk pendaftaran)
  •  Tiada Ikatan Kontrak
  •  Kos Bayar semasa pasang

Senarai Saluran Njoi 2021

Hampir kesemua saluran yang ditawarkan di saluran Astro boleh dibeli jika anda merupakan pelanggan Njoi, contohnya:

  • Pek Filem – HBO HD & Cinemax
  • Explorer Pack – Discover, Discovery Channel, Animal Planet & Nat Geo Wild
  • Korean Pack – KBS World HD, OhK! & tvN HD
  • Kids Pack – Astro Ceria, Cartoon Network, Nickeledoen, Nick Jr & Boomerang

Untuk melihat senarai penuh saluran / pek prabayar berserta harganya, sila ke:

  1. Aplikasi My NJOI
  2. Saluran 200
  3. Laman web NJOI
cara beli channel njoi
cara beli channel njoi

Cara Beli Channel Njoi

Langkah 1: Pergi Ke Channel 200

Untuk membuat pembelian, sila pergi ke saluran 200 untuk memilih senarai saluran / pek untuk melihat harga dan promosi.

cara beli channel njoi

Ini paparan pada skrin di Channel 200. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tekan terus pada saluran atau pek yang kita berminat.

cara beli channel njoi

Boleh tengok harga pun dah tertera di situ.

Langkah 2: Pilih Pek / Saluran Yang Ingin Dibeli

Kalau dah confirm yang mana nak beli, boleh tempah melalui Whatsapp atau SMS. Kita akan diberikan kod pembelian sekali untuk channel tersebut.

  • Whatsapp : 03-9543 8100
  • SMS : 33888
cara beli channel njoi
Langkah 3: Whatsapp Kod

Ini contoh mesej tempahan melalui Whatsapp. (Tak perlu top-up dulu pun tak apa. Nanti boleh terus buat bayaran)

cara beli channel njoi

Langkah 4 : Pembayaran

Seterusnya, pilih kaedah pembayaran. Contohnya kalau kita memang tak ada baki kredit / tak pernah top-up bolehlah terus pilih E-banking untuk buat pembayaran secara online.

cara beli channel njoi

Nanti link akan diberi untuk buat pembayaran secara internet banking.

cara beli channel njoi

Lengkapkan pembayaran dan tunggu mesej Whatsapp pengesahan.

cara beli channel njoi

Selesai!

cara beli channel njoi

Mudah kan? Lepas ni bolehlah buka channel yang kita dah bayar tadi. Selamat menonton!

Sumber: Harian Post