Kenapa Kucing Celup Tangan Dalam Air? Ini Sebabnya

Kepada anda yang membela kucing, sudah pasti pernah mengalami situasi dimana ternampak kucing anda berjalan ke mangkuk airnya, duduk dan mencelupkan tangan ke dalamnya. Kucing itu kemudiannya mungkin menjilat air dari tangannya atau terus minum dari mangkuk. Sebenarnya ada beberapa sebab kucing anda melakukan tingkah laku ini.

Bacaan lain: Kenapa Kucing Suka Kotak? Ini Sebabnya

Kenapa Kucing Celup Tangan Dalam Air

Bagi Air Mengalir

Sesetengah kucing suka meminum air yang bergerak atau mengalir. Ketika mereka mencelupkan tangan mereka di dalam air, sebenarnya kucing mahu membuat air tersebut bergerak seakan-akan sedang mengalir. Air bertakung dapat memberikan bau yang tidak disukai kucing. Sebab itu juga kucing lebih suka minum air dari paip yang mengalir dan tidak bertakung.

Memastikan Paras Air

Jika kucing tidak pasti mengenai paras air, kucing biasanya akan mencelupkan tangan ke dalam air sebelum minum. Ini boleh berlaku semasa anda mengisi semula mangkuk dari masa ke semasa dan pada tahap yang berbeza. Sebaiknya, anda pastikan paras air yang diberikan konsisten setiap masa dan hanya menggunakan mangkuk yang sama. Untuk pengetahuan anda, kucing suka rutin dan benda yang konsisten.

Kucing Rasa Kurang Selamat

Sekiranya kucing anda mengalami perubahan dalam rutin atau persekitarannya, mereka mungkin merasa kurang selamat. Untuk membuat kucing berasa selamat dan tidak merasa tertekan, pastikan lokasi mangkuk air sama, rutin makan dan interaksi lain yang konsisten serta pastikan anda mempunyai banyak mangkuk air dengan pelbagai bentuk dan saiz yang tersedia untuk kucing anda.

Faktor Usia

Apabila kucing anda semakin berumur dan tua, beberapa fungsi mula merosot termasuk penglihatan mereka. Kucing tua yang mempunyai masalah penglihatan akan menyentuh air sebelum minum untuk menentukan kedalaman air. Kemudian mereka cenderung mencelupkan tangan mereka ke dalam air dan menjilatnya. Cara ini lebih selamat buat mereka daripada minum terus dari mangkuk air.

kucing celup tangan dalam air

Sumber: Himpunan Cerita Lawak