Contoh Perjanjian Sewa Rumah

Perjanjian sewa rumah amat penting kerana ianya memudahkan urusan pemilik rumah dan penyewa dalam memastikan tidak berlaku salah faham di kemudian hari. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan contoh perjanjian sewa rumah yang ringkas dan mudah disediakan menggunakan format sedia ada.

Kepentingan Perjanjian Sewa Rumah

Perjanjian sewa tidak seharusnya diambil mudah oleh pihak pemilik rumah dan penyewa rumah. Ianya dapat melindungi hak pemilik rumah dan juga penyewa setelah beberapa kes berlaku sebelum ini.

Sebelum ini terdapat kes dimana penyewa gagal untuk bayar sewa, atau tertunggak berbulan-bulan sehingga pemilik bertindak mengunci pintu pagar. Ada juga pemilik rumah yang menceroboh rumah yang disewakan dengan alasan mahu ‘mengusir’ penyewa setelah gagal berbincang.

Terdapat juga kes dimana tuan rumah mengarahkan penyewa berpindah, sedangkan penyewa baharu mendiami rumah tersebut. Ada juga rumah disewa rosak teruk akibat sikap tidak bertanggungjawab penyewa hingga fobia nak menyewakan rumah terhadap sesiapa lagi.

Siapa Perlu Sediakan Perjanjian Sewa Rumah

Perjanjian sewa perlu dibuat selepas semua dokumen ditandatangani serta bayaran deposit dibuat iaitu sebelum penyewa mula masuk ke rumah.

Menurut Datuk Nazri Mustafa menerusi Sinar Harian, sesiapa sahaja boleh mendapatkan contoh perjanjian sewa rumah di internet dan hanya perlu diubah sesuai mengikut keperluan.

Bagi memastikan perjanjian sewa itu sah di sisi undang-undang, pemilik perlu menjelaskan duti setem dan dokumen ditandatangani di hadapan saksi.

Penyewa juga dinasihatkan untuk menurunkan tandatangan ringkas di setiap helaian muka surat perjanjian bagi menunjukkan mereka telah membaca setiap kandungan yang ada dalam perjanjian itu.

Perjanjian sewa boleh diubah walaupun tempoh perjanjian belum tamat, dengan syarat kedua pihak bersetuju untuk membuat perjanjian tambahan secara bertulis dan disaksikan oleh pihak ketiga.

Apa Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah Yang Lengkap

Dalam perjanjian sewa ia mengandungi terma-terma penting dan butiran seperti berikut:

  • Nama penyewa.
  • Nombor telefon.
  • Peranan dan tanggungjawab kedua belah pihak.
  • Tindakan yang akan dikenakan sekiranya kedua belah pihak melanggar perjanjian sewa.
  • Tandatangan Pemilik (Tuan Rumah), Penyewa, dan Saksi.
  • Duti setem.
cara stamp sewa rumah

Contoh Perjanjian Sewa Rumah

Berikut adalah contoh perjanjian sewa rumah yang boleh anda rujuk dan edit sekiranya perlu. Anda boleh dapatkan contoh perjanjian sewa rumah mudah di bawah dalam format Word atau PDF.

Muat Turun: Contoh Perjanjian Sewa Rumah (Format PDF)

Muat Turun: Contoh Perjanjian Sewa Rumah (Format Word)

contoh perjanjian sewa rumah
contoh perjanjian sewa rumah
contoh perjanjian sewa rumah
contoh perjanjian sewa rumah
contoh perjanjian sewa rumah
contoh perjanjian sewa rumah

Sumber: Ecentral