Cara Setting Remote Astro Untuk Sambung Dengan TV

Anda punyai sambungan Astro di rumah tapi remote TV pula hilang? Untuk pengetahuan anda, terdapat cara untuk setting remote Astro anda supaya anda boleh set dan sambungkan remote Astro dengan TV. Hasilnya, anda boleh kawal TV dan Astro hanya menggunakan satu remote sahaja.

Terdapat 2 cara untuk anda setting remote Astro iaitu secara manual mengikut jenama TV anda dan juga fungsi terbina yang disediakan oleh dekoder PVR Astro.

Tips Lain: Senarai Lokasi Coin Deposit Machine Di Seluruh Negeri

Remote Astro Setting Untuk Sambung Dengan TV

Cara Manual Setting Remote Astro

Sebelum mulakan cara manual ini, pastikan tahap volume TV anda berada pada tahap yang sesuai kerana selepas remote Astro anda disambungkan kepada TV, volume tersebut menjadi tetap atau default TV anda. Untuk mulakan cara manual remote astro setting ini:

1. Halakan remote Astro anda kepada TV anda.

2. Tekan lama-lama pada butang OK dan TV serentak sehingga lampu LED di remote berkelip-kelip sebanyak 2 kali.

remote led berkelip

3. Tekan dan masukkan 4 kod nombor mengikut jenama TV anda. Jangan risau, kami telah sediakan senarai kod nombor jenama TV di bawah.

4. Jika sudah masukkan 4 kod tersebut, lampu LED remote akan berkelip-kelip sebanyak 2 kali.

5. Kini anda boleh cuba untuk kawal TV dan Astro menggunakan remote Astro sahaja. Anda boleh cuba untuk on/off TV dan Astro dan kawal volume menggunakan remote Astro sahaja.

6. Jika anda tidak berminat dengan fungsi ini, anda boleh buang atau reset kepada asal dengan cara berikut.

Reset Remote Astro

1. Halakan remote Astro ke TV anda dan tekan lama-lama butang OK dan TV serentak sehingga lampu LED di remote berkelip-kelip sebanyak 2 kali.

2. Tekan dan masukkan kod 977. Kini remote Astro anda telah kembali kepada asal.

Kod Nombor Jenama TV

Anda boleh memilih 4 kod yang disenaraikan di bawah ini mengikut jenama TV anda. Jika kod pertama tidak berfungsi, boleh cuba untuk gunakan kod seterusnya.

SAMSUNG
0060 0812 0618 0178 0587 0009 0093 0556 1235 0108 0037 0217 0264 0370 0072 0156 1208 0766 0814 0216 0290 0821 0163

SONY
1825 1505 0011 1651 0036 0650 1010 0037 0056 0093 0170 0074

PHILIPS
0037 0556 1744 0772 1246 1304 0178 0108 0195 0087 0374 0760 0343 0595 0009 0200 0361 1521

PANASONIC
0650 0226 1650 1636 0108 1310 0037 0556 0163 1208 0508 0896 0361 0853 1335 0367 0516 0548 0001

TOSHIBA
1508 0508 0060 0009 0714 0036 0156 1656 0070 0093 2060 0264 1935 0412 1164 0618 1582 0650 0821 1704 0217 0109 1457 1916 1908 0698 0037 0736 1556 1037

LG
1423 0001 0178 0037 0556 0876 0370 1768 0377 0009 0714 0060 0217 0108 0216 0290 0163 0606 0109 0689 0715 0823 0829 1556 1191 0247 0367 1681 1539

PIONEER
1260 0760 0011 1070 1457 0698 0109 0037 0287 0556 0428 0370 0343 0361 0486 0512

SHARP
0093 0009 1393 0036 0491 0818 0256 1819 0650 0294 0653 0412 0516 0200 0760 2214

JVC
0653 1818 0036 1153 0606 1653 0371 0508 0731 0683 0192 0218 0418 0093 0650

HISense
0848 0208 0009 0145 0156 0227 0508 0696 0748 0753 0821 1170 0780

Haier
0698 0869 0264 0768 0779

Untuk jenama TV lain, boleh lihat senarai diĀ Sky Best TV

Cara Automatik Setting Remote Astro

Cara automatik ini disediakan bagi pengguna dekoder Astro PVR dimana cara ini lebih pantas dan tidak perlu masukkan apa-apa kod. Caranya mudah sahaja iaitu:

1. Halakan remote Astro ke dekoder Astro anda dan tekan lama-lama butang SET TV lebih 3 saat sehingga lampu LED di remote berkelip-kelip sebanyak 2 kali.

astro remote

2. Kemudian tekan butang 1 hingga 0 iaitu mengikut henama TV anda seperti dalam gambar di bawah ini.

remote tv astro

3. Apabila TV secara automatik akan terpadam, ini maksudnya TV dan Astro anda akan bersambung secara automatik dan boleh digunakan untuk kawal TV dan Astro.

4. Untuk reset atau buang setting remote Astro ini, anda boleh gunakan cara yang ditunjuk di atas.

Sumber: hellokerja.com