Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan senarai tempat menarik di Janda Baik yang perlu anda lawati dan akan buatkan anda teruja.
Artikel lain: Fakta Tentang Lesung Pipit Dan Jenis Lesung Pipit
Janda Baik
Berikut adalah senarai tempat menarik janda baik
Tempat Menarik Janda Baik
Sungai Janda Baik
Di Sungai Janda Baik, anda boleh lakukan pelbagai jenis aktiviti seperti mandi sungai, berkelah, barbeku, dan bersantai sambil menikmati air yang sejuk dan bersih. Kepada anda yang mempunyai anak kecil, sungai di sini amatlah sesuai untuk mandi kerana rata-rata sungai di sini adalah cetek dan arusnya tidak laju.
Kampung Janda Baik
Di sini anda boleh nikmati keindahan Kampung Janda Baik dengan sama ada menaiki kereta, berjalan kaki atau menunggang basikal. Tahukah anda bahawa anda tidak perlu membawa basikal sendiri kerana di sini ada disediakan basikal untuk disewa.
Swat Paintball Janda Baik
Jika anda sukakan aktiviti lasak seperti paintball, di sini terdapat fasiliti Swat Paintball Janda Baik untuk lakukan aktiviti tersebut. Jika Swat Paintball Janda Baik penuh, anda boleh pergi ke Chalet Pak Samad untuk main di sana.
ATV Offroad Janda Baik
ATV disediakan di beberapa resort dengan harga anggaran RM80 untuk trek sejauh 5 kilometer yang mengambil masa lebih kurang 45 minit sehingga satu jam. Jika anda hanya ingin merasa naik ATV, anda boleh ambil pakej ATV sekeliling resort dengan harga anggaran RM30 untuk aktiviti ATV selama 10 minit.
Air Terjun Janda Baik
Selain sungai janda baik, di sini juga terdapat air terjun Janda Baik yang menjadi tarikan para pencinta air terjun dan alam sekitar. Air dari bukit sekitar sangat bersih dan selamat untuk diminum kerana bebas dari pencemaran. Jika tidak puas berkelah di sini, anda boleh bermalam di Air Terjun Janda Baik Resort.
Waterfall Trekking Janda Baik
Anda turut boleh lakukan aktiviti jungle trekking di Waterfall Trekking Janda Baik yang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Anda boleh menikmati keindahan pemandangan Banjaran Titiwangsa yang menakjubkan sepajang jungle trekking tersebut. Jika tidak puas, anda boleh pilih untuk trekking ke Gunung Nuang.
Cheringin Hill Janda Baik
Anda boleh menunggang kuda di Cheringin Hill Janda Baik di mana terdapat pelbagai pilihan aktiviti menunggang kuda di sini seperti Joy Ride selama 10 minit, Trailride sejauh 13 kilometer atau Single Lesson selama 40 minit.
Majnoon Campsite Archery
Di Majnoon Campsite Archery anda bukan sahaja boleh lakukan aktiviti memanah, tapi turut boleh berkhemah dan bermalam di sini. Khemah disini dibina di atas pokok, lengkap dengan tempat untuk mengecas handphone.
Kolam Pancing Janda Baik NQS
Anda boleh memancing di Kolam Pancing Janda Baik NQS yang terletak di Kampung Chemperoh, Janda Baik dengan harga yang berbaloi iaitu RM20 sahaja untuk 4 jam. Kalau belum puas memancing, anda boleh tambah dengan bayaran RM5 sejam.
Centella Asiatica Resort
Di sini anda boleh memancing dengan harga cuma RM30 untuk satu hari di mana terdapat 2 kolam pancing di sini.
Sailor’s Rest
Di sini anda ditawarkan dengan pelbagai pilihan penginapan dengan suasana yang berbeza mengikut citarasa ada. Jika anda inginkan penginapan yang simple, anda boleh memilih On-room Annex ataupun Chalet Moden, jika anda inginkan penginapan dalam suasana kampung dengan ruang balkoni yang menyajikan pemandangan taman hijau, Kampung Chalet adalah pilihannya.
Sekiranya anda ingin berumah di atas bot yang dikelilingi air yang tenang, pilih Boathouse yang ditawarkan Sailor’s Rest.
Sumber: https://bidadari.my/tempat-menarik-janda-baik/