Fakta Tentang Lesung Pipit Dan Jenis Lesung Pipit

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai lesung pipit seperti fakta tentang lesung pipit, jenis lesung pipit, jenis lesung pipi dan sebagainya.

Tips kesihatan lain: Tips Cara Atasi Masalah Bengkak Susu

Lesung Pipit

Berikut adalah maklumat mengenai lesung pipit

Bagaimana Lesung Pipit Terjadi

Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil Zygomaticus Major. Sepatutnya otot ini hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Namun, apabila otot wajah ini terbelah dua, ia akan menyebabkan lesung pipit terbentuk. Selain itu, jika zygomaticus lebih pendek dari normal juga, ia akan menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi.

Lesung pipit atau lekuk kecil yang ada di pipi seseorang memang boleh menambah kecantikan atau ketampanan. Tapi tidak semua orang memiliki lesung pipit di wajahnya. Mengikut kajian, hanya 20% daripada populasi dunia yang mempunyai lesung pipit.

Jenis Lesung Pipit

Lesung Pipit Di Pipi

Lesung pipit di pipi adalah kebiasaan jenis lesung pipit yang kita tahu. Dan seperti yang telah dinyatakan di atas, lesung pipit ini terjadi kerana kecacatan pada otot wajah (Zygomaticus Major) terbelah dua.

Malah ada juga beberapa kes, otot zygomaticus ini lebih pendek daripada biasa. Oleh sebab itu, ia menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi.

Lesung Pipit di Dagu

Kebiasaannya kita tidak sebut lesung pipit di dagu. Tetapi kita mengistilahkannya sebagai dagu terbelah. Hal ini terjadi kerana pembentukan tulang rahang yang tidak sempurna di bahagian kiri dan kanan ketika masih dalam kandungan. Lekukan pada dagu ini juga dikatakan terjadi atas faktor keturunan seperti mana kejadian lesung pipit di pipi.

Lesung Pipit Di Punggung

Lesung pipit di punggung juga dikenal sebagai Sacral Dimple. Ia terdapat di sekitar atas belahan punggung atau di sekitar bahagian saraf tunjang berhampiran tulang punggung.

Lesung pipit jenis ini selalu dilihat pada bayi. Lekukan kecil ini tidak membahayakan. Malah, hal ini juga jarang berlaku. Namun, sekiranya lekukan tersebut terlalu besar dan dalam, anda dinasihatkan agar berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana bimbang berlaku kecacatan pada saraf tunjang.

Fakta Tentang Lesung Pipit

Hanya 20% Populasi Dunia Memiliki Lesung Pipit

Mengikut statistik yang dilaporkan dalam The Daily Health Gene, hanya 20% manusia di dunia memilki lesung pipit.

Ramai Yang Tertarik Dengannya

Kajian American Journal of Physical Antropology mendapati lesung pipit merupakan nilai tambah yang menjadi daya penarik bagi seseorang. Anda tidak perlu menata rias wajah anda berlebih-lebihan, cukup sekadar anda senyum dengan lekukan lesung pipit di pipi, ia sudah membuatkan anda kelihatan menarik di mata orang lain.

Ramai Selebriti Menjadi Lebih Popular

Laman Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular. Sehinggakan, ada yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk membuat lesung pipit jadian.

Sumber: https://bidadari.my/lesung-pipit/