Tips Cara Atasi Masalah Bengkak Susu

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan simptom bengkak susu dan tips atasi masalah bengkak susu tersumbat untuk para ibu di luar sana yang seringkali menghadapi masalah ini.

Artikel lain: Senarai Khasiat Kacang Kuda Untuk Kesihatan

Bengkak Susu

Berikut adalah tips atasi masalah bengkak susu

Simptom Bengkak Susu

Berikut adalah simptom bengkak susu yang boleh dikenalpasti:

  • Payudara mengalami bengkak, keras, ngilu dan sakit
  • Keadaan sekitar payudara mengalami kemerah-merahan, terasa panas dan terdapat benjolan keras apabila disentuh
  • Puting menjadi bengkak, bahagian areola mengeras sehingga menyukarkan bayi untuk menyusu
  • Kelenjar pada bahagian ketiak turut mengalami bengkak dan sakit

Cara Atasi Bengkak Susu

Berikut adalah beberapa langkah atau kaedah rawatan bengkak susu yang mudah dilakukan di rumah:

  • Tuam atau basuh payudara dengan air suam (bukan air panas) bagi membolehkan susu ibu berjalan lancar
  • Anda juga boleh memilih untuk mandi dengan air panas dengan menghalakan air panas ke bahagian payudara. Ketika mandi, jangan lupa untuk membuat urutan secara membulat pada bahagian payudara.
  • Sebaiknya lakukan penyusuan bayi secara rutin selama dua atau tiga jam sekali. Sekiranya bayi sedang tidur tetapi susu tetap mengalir keluar, anda disyorkan untuk mengepam susu tersebut
  • Anda juga boleh membuat urutan perlahan pada bahagian payudara supaya susu ibu lebih lancar dan membantu mengurangkan rasa sakit disebabkan bengkak
  • Sewaktu bengkak, perah susu dengan tangan. Perbuatan ini dapat membantu mengekalkan kelembutan areola
  • Jika bayi anda menyusu secara terus daripada payudara, elakkan mengepam susu terlalu kerap
  • Anda juga boleh menuam (tuam) payudara anda dengan air batu sebelum dan selepas menyusukan bayi
  • Elakkan dari menggunakan baju dalam yang kecil bagi mengelakkan saluran penyusuan daripada tersumbat
  • Jika masalah bengkak yang dialami terlalu menyakitkan, anda boleh memakan ubat yang bersesuaian. Namun, pastikan anda mendapat nasihat dan rundingan daripada doktor terlebih dahulu

Rawatan Bengkak Susu

Bagi rawatan bengkak susu, elakkan dari melakukan 2 perkara di bawah ini:

Daun Kubis

Ada yang mengatakan penggunaan daun kobis boleh membantu mengurangkan masalah bengkak susu yang dialami.

Namun, dalam masa yang sama di dalam kobis mengandungi enzim yang boleh menyebabkan ‘kilang pengeluaran’ susu mengecut dan ini boleh mengakibatkan pengeluaran susu ibu berkurangan.

Seandainya anda masih mahu meletakkannya, disarankan untuk meletakkan dalam tempoh yang sekejap sahaja.

Pam Susu

Sememangnya masalah bengkak susu ini berlaku kerana susu yang berlebihan tidak dikeluarkan. Tetapi sebaiknya, anda elakkan daripada mengepam susu ketika payudara masih terlalu bengkak.

Ini kerana ada yang mengatakan ia boleh menyebabkan bengkak lambat surut dan berisiko mengakibatkan keadaan semakin melarat.

Pilihlah untuk menggunakan tangan. Tangan anda boleh merasai setiap satu saluran pada payudara. Malah, keadaan tangan yang panas juga dipercayai dapat melancarkan aliran susu yang tersumbat.

Apabila keadaan bengkak pada payudara sudah berkurangan, anda boleh memilih untuk menggunakan pam susu. Namun, pastikan anda menggunakan mod mengepam yang paling ringan.

Sumber: https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penyusuan/masalah-bengkak-susu-cara-mengatasinya/