Cara Nak Kecutkan Buasir Luar

Dalam artikel ini kami akan kongsikan petua cara nak kecutkan buasir luar dan cara hilangkan buasir. Petua kecutkan buasir dan cara kecutkan buasir turut disediakan.

Artikel berkaitan: Punca Gastrik Angin & Cara Hilangkan Gastrik Angin

Cara Nak Kecutkan Buasir Luar

Ikuti langkah berikut untuk rawatan buasir luaran dan cara merawat buasir cara tradisional.

Apa itu Buasir

Buasir adalah urat bengkak yang terletak di sekitar dubur atau di rektum bawah. Kira-kira 50% orang dewasa akan mengalami gejala buasir pada usia 50 tahun.

Buasir boleh terdiri daripada buasir dalaman atau luaran. Buasir dalaman berkembang di dalam dubur atau rektum. Buasir luaran pula terjadi di luar kawasan dubur.

Buasir luar adalah yang paling biasa berlaku dan paling menyakitkan. Buasir yang terbentuk boleh menyebabkan rasa sakit, gatal yang teruk, dan sukar untuk duduk.

Punca Buasir

Terdapat beberapa faktor yang memungkinkannya untuk terjadi, antaranya:

  • Meneran dengan kuat ketika anda membuang air besar
  • Komplikasi akibat daripada sembelit yang kronik
  • Duduk terlalu lama terutamanya ketika berada di dalam tandas
  • Mempunyai sejarah keluarga yang ada buasir

Cara Nak Kecutkan Buasir Luar

Ikuti langkah berikut untuk cara mengubati buasir dan petua hilangkan buasir.

Mandi sitz

Ini melibatkan mandian dengan merendam kawasan daripada pinggang hingga dubur ke dalam air suam. Untuk lebih melegakan keadaan buasir yang dialami, anda boleh menambahkan sedikit garam Epsom ke dalam air

Gunakan tisu basah untuk mengelap dubur

Tisu tandas mempunyai tekstur yang agak kasar dan boleh menyebabkan iritasi pada buasir luar. Cuba gunakan tuala lembap atau tisu basah sebagai ganti

Gunakan pek sejuk atau pek ais

Balut pek sejuk dengan tuala dan duduk di atasnya untuk mengurangkan keradangan dan memberikan kelegaan pada kawasan tersebut. Lakukannya tidak lebih daripada 20 minit dalam satu-satu masa

Elakkan meneran atau duduk di tandas dalam jangka masa yang lama

Ini boleh memberi lebih banyak tekanan pada buasir

Gunakan produk daripada farmasi

Anda juga boleh menggunakan krim topikal untuk buasir luaran

Sumber: Hello Doktor