Senarai Khasiat Kacang Kuda Untuk Kesihatan

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan info mengenai kacang kuda seperti kacang kuda in english, khasiat kacang kuda, fakta nutrisi kacang kuda, risiko kacang kuda dan sebagainya.

Tips kesihatan lain: Koleksi Cara Melebatkan Rambut (Cepat Dan Berkesan)

Kacang Kuda

Berikut adalah info mengenai kacang kuda atau nama saintifik kacang kuda iaitu Cicer arietinum L

Kacang Kuda In English

Untuk pengetahuan anda, kacang kuda in english adalah horse bean.

Fakta Nutrisi Kacang Kuda

acang kuda adalah sumber utama protein bagi tumbuhan, selain serat, zat besi, zink, fosforus, vitamin B dan banyak lagi. Kacang boleh dikategorikan dalam kumpulan karbohidrat dan juga protein. Ini kerana, kekacang adalah makanan yang kaya dengan nutrien dan unik kerana ia mengandungi gabungan protein, kanji, serat dan mineral. Malah ia juga rendah kalori.

Kacang kuda juga boleh dianggap sebagai karbohidrat yang baik kerana kanji yang terdapat dalam kacang kuda dicerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah yang lebih stabil. Kacang kuda juga turut mengandungi vitamin A, C, E dan niasin.

Khasiat Kacang Kuda

Stabilkan Bacaan Gula Dalam Darah

Kacang kuda sangat tinggi serat. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit diabetes jenis 1 yang mengamalkan diet serat tinggi mempunyai tahap glukosa darah yang lebih rendah. Bagi pesakit diabetes jenis 2, pengambilan serat yang lebih tinggi dapat meningkatkan kadar gula darah, lipid, dan insulin.

Kesihatan Jantung

Kacang kuda kaya dengan serat, potassium, vitamin C, dan vitamin B6. Nutrien ini semuanya menyokong kesihatan jantung. Kacang kuda mengandungi sejumlah besar serat, yang membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah, secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tulang Yang Kuat

Zat besi, fosfat, kalsium, magnesium, mangan, zink, dan vitamin K dalam kacang kuda menyumbang kepada pembinaan dan penyelenggaraan struktur dan kekuatan tulang.

Walaupun fosfat dan kalsium keduanya penting dalam struktur tulang, keseimbangan antara kedua-dua mineral ini diperlukan untuk mineralisasi tulang yang betul. Penggunaan terlalu banyak fosforus dengan pengambilan kalsium yang terlalu kecil boleh mengakibatkan kerapuhan tulang.

Mengelak Risiko Kanser

Kacang kuda mengandungi mineral selenium. Ia membantu enzim hati untuk berfungsi dengan baik dan menyahtoksik beberapa sebatian penyebab kanser di dalam badan. Selain itu, selenium menghalang keradangan dan menurunkan kadar pertumbuhan tumor.

Menurunkan Berat Badan

Diet serat berfungsi sebagai “ejen bulking” dalam sistem pencernaan. Kompaun ini meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan, Hal ini menjadikan orang berasa kenyang lebih lama dan dengan itu menurunkan pengambilan kalori secara keseluruhan.

Risiko Kacang Kuda

Kekacang mengandungi oligosakarida yang dikenal sebagai galactans, atau gula kompleks. Tubuh tidak dapat mencerna gula komples ini kerana tidak mempunyai enzim alpha-galactosidase. Enzim ini diperlukan untuk memecahkan gula-gula ini.

Akibatnya, pemakanan kekacang seperti kacang kuda akan menyebabkan beberapa masalah gas di bahagian usus dan ketidakselesaan.

Bagi mereka yang mengalami gejala ini ketika memakan kekacang harus mengamalkan kekacang secara perlahan-lahan. Tidak boleh makan kekacang dalam kuantiti yang banayk sekali gus.

Sumber: https://bidadari.my/khasiat-kacang-kuda/