Hilang Jari Kerana Tercucuk Udang Ketika Menyiang Udang

Bagi pengemar udang, sudah pasti proses untuk menyiang dan mencuci udang menjadi sukar disebabkan oleh bahagian luar udang yang runcing. Kadang kala tercucuk udang boleh menyebabkan rasa sakit terasa di jari.

Baru-baru ini seorang lelaki terluka jarinya dan berdarah sedikit ketika beliau sedang menyiang udang. Menurut beliau, ini bukanlah kali pertama dia tercucuk udang atau ikan sewaktu menyiang. Selepas darah berhenti mengalir keluar, beliau meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

Apa Perlu Buat Sekiranya Tertelan Gula-Gula Getah

Pada keesokan harinya beliau mula mengalami gejala seperti demam dan hujung jarinya mula membengkak dan bertukar menjadi hitam. Beliau segera ke hospital bahagian kecemasan dan doktor mengesahkan bahawa beliau menghidap Necrotizing Fascitis iaitu sejenis jangkitan kuman yang amat serius.

Hanya dalam masa beberapa jam sahaja jarinya mula bertukar menjadi lebih hitam yang membawa maksud bahawa bakteria itu sudah mula memakan daging di hujung jarinya. Untuk pengetahuan anda, bakteria ini dikenali sebagai “Bakteria Pemakan Daging“.

Pembedahan kecemasan dilakukan untuk membuang bahagian otot yang telah dimakan oleh bakteria ini untuk mengelakkan kuman dari merebak ke bahagian lain seperti tangan atau seluruh lengan. Kuman ini juga boleh masuk ke darah dan menyerang organ-organ penting lain.

Pesakit ini bernasib baik kerana beliau datang ke hospital dengan kadar segera. Luka di tangannya mengambil masa lama untuk sembuh, tetapi yang paling penting nyawanya dapat diselamatkan.

Vibrio Vulnifikus merupakan nama bakteria yang sering ada pada haiwan-haiwan laut. Ia boleh menjangkiti manusia apabila manusia tercedera semasa menyiang ikan atau udang. Malah ianya turut boleh menjangkiti penyelam yang ada luka terdedah di kulitnya atau apabila makanan laut dimakan mentah.

Pengajaran bagi kes ini:

  • Elakkan dari terdedah kepada kecederaan semasa menyiang ikan atau udang.
  • Pakai sarung tangan untuk mengelakkan dari kecederaan.
  • Jika terluka, basuh jari anda dengan air sabun secepat mungkin. Jangan picit atau ikat hujung jari.
  • Jika ada gejala seperti demam, bengkak pada bahagian cedera, kulit bertukar warna, sila dapatkan rawatan dengan kadar segera.

Sumber: Public Health Malaysia

Leave a Comment