Bahayakah Sekiranya Anak Kecil Tertelan Ubat Gigi?

Ubat gigi untuk kanak-kanak kecil kebiasaannya didatangkan dengan pelbagai perisa buah-buahan. Ini adalah mungkin kerana untuk melatih dan melahirkan rasa minat mereka untuk memberus gigi dari usia muda lagi. Oleh sebab itu, ada kebarangkalian untuk mereka menelan sedikit ubat gigi sewaktu memberus gigi sama ada sengaja ataupun tidak.

Untuk pengetahuan anda, ianya amatlah bahaya sekiranya mereka menelan ubat gigi terlalu kerap. Hal ini kerana, dalam kebanyakkan ubat gigi di pasaran mengandungi fluorida yang berfungsi untuk menguatkan enamel gigi. Sekiranya mereka tertelan terlalu kerap dan berlebihan, situasi kronik berlaku dipanggil fluorosis.

Situasi ini akan memberi kesan pada gigi dengan kewujudan bintik-bintik kuning atau coklat pada permukaan gigi disebabkan oleh enamel yang tidak terbentuk secara tidak sempurna. Akhirnya, akan berlaku kerosakan pada gigi mereka.

Fluorosis. Gambar: Wikipedia

Jadi, bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini? Beberapa langkah boleh diambil oleh anda sebagai ibu bapa seperti:

  1. Meletakkan lapisan nipis ubat gigi pada berus gigi anak-anak anda.
  2. Jika anak-anak anda masih kecil dan belum pandai meludah dengan baik, cukuplah membersihkan giginya dengan berus gigi sahaja.
  3. Latihkan diri supaya rajin mengajak anak-anak anda untuk berjumpa doktor gigi sejak usia muda lagi,supaya apa-apa sahaja masalah gigi dapat diatasi dengan segera.

Leave a Comment