Dalam artikel ini kami akan kongsikan koleksi senarai doa doa harian ringkas, pendek dan mudah untuk diamalkan hari-hari oleh umat Islam.
Doa Harian
Berikut adalah senarai doa harian ringkas.
Doa Doa Harian
Berikut adalah sebilangan dari doa doa harian yang boleh diamalkan.
Doa Memakai Pakaian
اَلْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا (الثَّوْبَ) وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَـيـْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُـوَّة
Doa memakai pakaian rumi : Alhamdu lillahil-lazi kasani hatha (athwab) warazaqaneehi min ghayri hawlin minnii wala quwwah.
Maksud: Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian)ini dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya da kekuatan dariku
Doa Sebelum Masuk Tandas
اللَّهُـمَّ إِنِّي أَعُـوذُ بِـكَ مِـنَ الْخُـبْثِ وَالْخَبَائِث
Doa sebelum masuk tandas rumi : (Bismil-lah) allahumma innee aAAoozu bika minal-khubsi wal-khoba-ith
Maksud: Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina
Doa Ketika Keluar Tandas
غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَذْهَبَ عَنّى اْلاَذَى وَعَافَانِىْ
Doa ketika keluar tandas rumi : Ghufraanaka. Alhamdulillaahil ladzii adzhaba ‘annjil adzaa wa’aafaanii.
Maksud: Dengan mengharap ampunanMu, segala puji milik Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku”
Doa Ketika Masuk Rumah
بِسْـمِ اللّهِ وَلَجْنـَا، وَبِسْـمِ اللّهِ خَـرَجْنـَا، وَعَلَـى رَبِّنـَا تَوَكّلْـنَا
Doa ketika masuk rumah rumi : Bismil-lahi walajna, wabismil-lahi kharajna, waAAala rabbina tawakkalna.
Maksud: Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakal.
Doa Ketika Keluar Rumah
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْـتُ عَلَى اللَّهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ
Doa ketika keluar rumah rumi : Bismil-lah, tawakkaltu AAalal-lah, wala hawla wala quwwata illa billah
Maksud: Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah
Doa Ketika Azan
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ
Doa ketika azan rumi : La Hawla wa La Quwwata Illa Billah
Maksud: Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah
Doa Selepas Azan
اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّداً الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَاماً مَحْمُوداً الَّذِي وَعَدْتَهُ، إَنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Doa selepas azan rumi : Allaahumma Rabba haathid – da’watit – taammati wassalaatil-qaa’imati, ‘aati Muhammadanil-waseelata walfadheelata, wab ‘ath-hu maqaamam-mahmoodanil-lathee wa’adtahu, ‘innaka laa tukhliful-mee’aad
Maksud: Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan Azan yang sempurna dan solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad keutamaan dan kelebihan, kemuliaan dan darjat yang tinggi serta limpahkanlah kepadanya kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan.
Doa Naik Kenderaan
سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
Doa naik kenderaan rumi : Subhana-alladhi sakh-khara la-na hadha wa ma kunna la-hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi-na la munqalibun.
Maksud: Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.
Sumber: https://akuislam.com/blog/ibadah/doa-harian/