Surah Ghafir Ayat 44 Khasiat Bacaan

Surah ghafir ayat 44 sesuai diamalkan untuk memujuk hati agar tenang dan hilangkan kesedihan dalam jiwa kita. Setiap orang sudah pasti tidak boleh lari dari ujian dan masalah dalam kehidupan. Ujian mungkin diberikan dalam keluarga, di tempat kerja, bersama suami atau isteri, bersama anak-anak atau mungkin masalah kewangan dan sebagainya.

Tips lain: Cara Solat Jamak Dan Qasar (Syarat Dan Niat)

Walaubagaimanapun, kita perlu bangkit dan memujuk hati supaya lebih tenang bagi mengatasi masalah-masalah ini. Salah satu caranya adalah dengan membaca surah ghofir ayat 44.

Surah Ghafir Ayat 44

Berikut adalah surah ghafir ayat 44 tulisan rumi untuk panduan anda. Disertakan sekali maksud surah ghofir bahasa melayu.

Maksudnya : “… dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”. – Suraf Ghafir, ayat ke-44.

Surah Ghafir Ayat 44 Rumi

Wa’ufawwiduammrii ilaAllah innAllahha basiyrum biliibad’

Sumber: hellokerja.com