Contoh Soalan Akad Nikah Yang Selalu Di Tanya Tok Kadi

Akad nikah merupakan salah satu dari beberapa perkara wajib yang ada dalam rukun nikah. Upacara akad nikah juga merupakan perkara yang paling ditakuti oleh kaum lelaki kerana tok kadi akan menanyakan soalan-soalan tentang agama sebelum akad nikah dijalankan. Penting untuk anda bersedia dengan jawapan untuk setiap soalan tok kadi untuk mengelakkan malu di kemudian hari. Dalam artikel ini kami akan berkongsikan contoh soalan akad nikah yang biasa ditanya oleh tok kadi.

Contoh Soalan Akad Nikah

Berikut adalah beberapa contoh soalan yang selalu ditanya oleh tok kadi.

Rukun Islam

Soalan tentang rukun Islam adalah soalan umum yang sering ditanya oleh Tok Kadi semasa upacara akad nikah. Berikut adalah rukun-rukun Islam.

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Solat lima waktu
  3. Berpuasa di bulan ramadhan
  4. Mengeluarkan zakat
  5. Menunaikan haji bagi yang berkemampuan

Rukun Iman

Selain dari rukun Islam, soalan rukun iman juga antara soalan yang akan ditanya. Berikut adalah rukun-rukun Iman.

  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman kepada Malaikat
  3. Beriman kepada kitab
  4. Beriman kepada Rasul
  5. Beriman kepada Hari kiamat
  6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Doa Qunut

Doa Qunut sering menjadi perkara yang sering ditanya juga. Berikut adalah Doa Qunut untuk maklumat anda.

Doa Qunut

Bacaan Al-Fatihah

Kadang kala anda juga dikehendaki untuk membaca Al-Fatihah didepan tok kadi. Pastikan baca dengan penuh lancar tanpa kesilapan. Berikut adalah surah Al-Fatihah.

Bacaan Alfatihah

Lafaz Dua Kalimah Syahadah

Berikut adalah lafaz dua kalimah Syahadah yang perlu anda ingati.

Dua Kalimah Syahadah

Selawat Nabi

Berikut adalah contoh selawat ke atas Nabi yang boleh anda hafal dan amalkan, dan bukan sekadar untuk lepasi tok kadi.

Selawat Nabi

Rukun Nikah

Berikut merupakan rukun nikah yang terdapat 5 perkara.

  1. Pengantin lelaki (Suami)
  2. Pengantin perempuan (Isteri)
  3. Wali
  4. Dua orang saksi lelaki
  5. Lafaz ijab dan Kabul (akad nikah)

Rukun Solat

Terdapat 13 rukun solat dan berikut adalah rukun-rukunnya.

  1. Berdiri betul
  2. Niat
  3. Takbiratul Ihram
  4. Membaca Surah Al-Fatihah
  5. Rukuk
  6. Iktidal
  7. Sujud
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Duduk tahiyat akhir
  10. Membaca tahiyat akhir
  11. Membaca selawat
  12. Memberi salam
  13. Tertib

Bacaan Surah Pendek

Surah pendek yang paling gemar ditanya Tok Kadi adalah Juz Amma. Juz Amma merupakan juzuk yang terakhir di dalam Al-Quran dan juga merupakan surah-surah pendek yang sering dibaca di dalam solat. Contoh beberapa surah Juz Amma adalah seperti berikut.

  1. Surah An-Nas
  2. Surah Al-Falaq
  3. Surah Al-Ikhlas
  4. Surah Al-Kafirun
  5. Surah Al-Kausar
  6. Surah Ad-Dhuha

Tanggungjawab Suami

Sebaik sahaja akad nikah dilafazkan, seorang suami serta merta perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wanita pilihannya iaitu isteri. Apakah tanggungjawab sebagai seorang suami? Berikut adalah jawapannya.

  1. Sebagai ketua keluarga, pelindung isteri dah anak-anak
  2. Mengawal, membimbing, berusaha mencari keperluan hidup keluarga seperti rumah kediaman, pakaian dan makan minum
  3. Mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama

Tanggungjawab Isteri

Apakah tanggungjawab sebagai seorang isteri pula? Berikut adalah jawapannya.

  1. Bergaul dengan suami secara baik.
  2. Mengendalikan kerja-kerja rumah
  3. Berhias untuk suami
  4. Taat kepada suami
  5. Menjaga kehormatan dan nama suami

Perkara Yang Menyebabkan Hadas Besar

Hadas besar merupakan perkara yang mewajibkan kita untuk mandi wajib agar solat kita sah dan diterima. Apabila kita telah melakukan hadas besar, maka kita perlu mandi wajib dengan segera terutamanya jika mahu beribadah. Antara perkara-perkara yang menyebabkan hadas besar adalah seperti berikut.

  1. Keluar air mani
  2. Keluar darah haid
  3. Nifas
  4. Bersetubuh
  5. Wiladah
  6. Mati selain mati syahid

Larangan Ketika Berhadas Besar

Ketika masih berhadas besar, kita dilarang untuk melakukan perkara seperti berikut.

  1. Solat
  2. Menyentuh Al-Quran
  3. Berpuasa
  4. Iktikaf di masjid
  5. Tawaf

Lafaz Niat Mandi Hadas

Maksudnya: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala

Rukun Wudhu

Rukun wudhuk ada enam dan berikut adalah rukun-rukunnya.

  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh dua belah tangan sehingga ke siku
  4. Menyapu kepala
  5. Membasuh dua belah kaki sehingga ke buku lali
  6. Tertib

Perkara Yang Membatalkan Wudhu

Wuduk akan terbatal dengan perbuatan berikut.

  1. Semua yang keluar dari qubul dan dubur seperti kencing, tahi, darah, kentut dan lain-lain.
  2. Tidur yang tidak tetap
  3. Hilang akal disebabkan mabuk, pitam, sakit atau gila
  4. Seorang lelaki menyentuh isterinya atau perempuan lain tanpa berlapik
  5. Menyentuh kemaluan manusia, qubul dan dubur samada diri sendiri atau orang lain dengan tapak tangan atau jari-jari tanpa berlapik

Sumber: Pengantin Baru