Panduan Bacaan Doa Qunut Subuh Dan Maksud Ejaan Rumi

Perkataan qunut dalam Bahasa Arab yang mempunyai beberapa makna seperti berdiri lama, diam, selalu taat, tunduk, doa dan khusu’. Secara istilah, qunut adalah doa yang dibaca seorang Muslim dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri.

Cara Solat Taubat Niat Dan Doa Taubat

Panduan Bacaan Doa Qunut Subuh Dan Maksud Ejaan Rumi

Berikut adalah panduan doa qunut untuk solat subuh secara bersendirian atau secara berjemaah berserta maksud dan hukum doa qunut.

Bacaan Doa Qunut Bersendirian

Pada rakaat kedua solat fardu subuh, sebelum sujud, kekal berdiri lurus dengan mengangkat kedua-dua tangan dan berdoa iaitu dengan membaca doa qunut. Bacaan doa qunut untuk solat bersendirian adalah seperti berikut:

bacaan doa qunut

Doa Qunut Dalam Rumi

Berikut adalah bacaan doa qunut dalam ejaan rumi.

doa qunut rumi

Allahhummah dinii fiiman hadait

doa qunut rumi

Wa’aa finii fiiman ‘aafait 

doa qunut rumi

Watawallanii fiiman tawal-laiit 

doa qunut rumi

Wabaariklii fiimaa a’thait 

doa qunut rumi

 Waqinii syarramaa qadhait 

doa qunut rumi

Fainnaka taqdhii walaa yuqdho ‘alaik 

doa qunut rumi

Wainnahu laayadzilu man walait 

doa qunut rumi

Walaa ya’izzu man ‘aadait 

doa qunut rumi

Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait 

doa qunut rumi

 Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait 

doa qunut rumi

 Astaghfiruka wa’atuubu ilaik 

doa qunut rumi

Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi, Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam. 

Bacaan Doa Qunut Berjemaah / Untuk Imam

Sekiranya solat fardu subuh tersebut adalah secara berjemaah, bacaan doa qunutnya adalah sedikit berbeza daripada bacaan solat bersendirian. Perbezaan ini adalah kerana kata ganti nama diri bahasa arab itu ‘Ku’ (nii) ditukar kepada ‘Kami’ (naa) untuk disesuaikan dengan bilangan jemaah yang ramai (lebih dari satu).

Doa qunut dimulakan bacaanya oleh imam. Imam membaca ayat-ayat bertulisan biru sebagaimana di bawah dan selebihnya (tulisan hitam) dibaca sendiri oleh makmum.

bacaan doa qunut berjemaah

Doa Qunut Berjemaah Dalam Rumi

Berikut adalah bacaan doa qunut berjemaah dalam ejaan rumi.

qunut berjemaah

Allahhummah dinaa fiiman hadait

qunut berjemaah

Wa’aa finaa fiiman ‘aafait

qunut berjemaah

Watawallanaa fiiman tawal-laiit

qunut berjemaah

Wabaariklanaa fiimaa a’thait

qunut berjemaah

Waqinaa syarramaa qadhait

qunut berjemaah

Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik 

qunut berjemaah

Wainnahu laayadzilu man walait 

qunut berjemaah

Walaa ya’izzu man ‘aadait 

qunut berjemaah

Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait 

qunut berjemaah

 Falakalhamdu ‘Alaa Maa Qadhait 

qunut berjemaah

Wa Nastaghfiruka Wa Natuubu Ilaik 

qunut berjemaah

Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi, Wa ’Alaa Aalihi Wa Sohbihi Wasallam

Maksud Doa Qunut

Berikut adalah makna terjemaah doa qunut baris demi baris:

“Ni” = aku
“Na” = kami

Allah humah dini fiman hadait.
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Wa’a fini fiman ‘afait.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Wabarikli fimaa a’tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Waqinii (birohmatika) syarramaa qadhait.
Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Walaa ya’izzuman ‘adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Wa Nastaghfiruka Wa Natubu Ilaik.
Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.

Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

Hukum Membaca Doa Qunut

Terdapat pelbagai pandangan khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai hukum doa qunut dalam solat Subuh. Imam Syafi’e berpendapat bahawa bacaan doa Qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan.

Jika tertinggal atau terlupa untuk membaca doa Qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi. Walaubagaimana pun, solat Subuh tetap sah walaupun tanpa sujud sahwi. Pandangan Mazhab Syafi’e ini juga dipegang teguh oleh masyarakat Islam khususnya di Malaysia dan seluruh Nusantara.

Sumber: Aku Islam