Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Maksud cukai taksiran, kadar cukai & cara bayar yang perlu anda tahu
Lain: Cara Kira Cukai Pendapatan Yang Perlu Dibayar Secara Kasar
Maksud Cukai Taksiran
Cukai Taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan atau majlis bandaraya atau majlis perbandaran.
Jenis Harta Tanah Untuk Cukai Taksiran
Berikut adalah jenis hartanah Cukai Taksiran:
- Kediaman – Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah, rumah bandar, rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kondominium, rumah kedai dan sebagainya.
- Perniagaan – Kedai, kedai/pejabat, pusat membeli belah, pawagam, pejabat, hotel, stesen minyak, pusat rekreasi
- Perindustrian – Kilang teres, kilang berkembar dan kilang sesebuah.
- Tanah kosong – Tanah pertanian, tanah pembangunan
Punca kuasa
Dari manakah datangnya kewajipan untuk membayar cukai ini?
Punca kuasa untuk mengenakan Cukai Taksiran adalah dibawah Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Kadar Cukai Taksiran
Berikut disediakan contoh anggaran kasar cukai taksiran yang dikenakan terhadap pemilik kediaman / bangunan / tanah:
Nilai Tahunan ialah Anggaran Sewa Kasar Setahun yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan.
NILAI TAHUNAN = ANGGARAN SEWA KASAR SEBULAN X 12 BULAN
Contoh pengiraan bagi rumah teres 1 tingkat:
Luas Bangunan | 140.00 Meter Persegi |
Anggaran Sewa Kasar | RM150.00 Sebulan |
Nilai Tahunan | RM150.00 X 12 bulan = RM1,800.00 |
Kadar | 13% |
Cukai Taksiran Setahun | RM1,800.00 X 13% = RM234.00 |
Cukai Taksiran Sepenggal | RM234.00 ÷ 2 penggal = RM117.00 |
Cara Bayaran Cukai Taksiran
Cara bayar cukai taksiran sebenarnya bergantung pada pihak berkuata tempatan / majlis bandaraya / majlis perbandaran namun kebiasaannya boleh dibayar secara online.
Untuk membuat bayaran cukai taksiran online, pastikan anda mengetahui terlebih dahulu nombor cukai anda.
Sumber: Cukai Taksiran: Kadar dan Cara Bayaran (ecentral.my)