Biodata Muaz Zabir

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Muaz Zabir biodata pelakon drama berepisod

Lain: Biodata Bella Astillah

Biodata Muaz Zabir

Nama penuh Muaz Zabir : Muaz Mohamad Zabir

Nama komersial: Muaz Zabir

Umur: 26 tahun (2023)

Asal: Linggi, Negeri Sembilan

Pendidikan: Graduan jurusan pemasaran dari Kolej Profesional MARA, Seri Iskandar, Perak

Pekerjaan: Pelakon, Pengacara

Instagram (IG): @muaz.zabir

Latar Belakang Muaz Zabir

1. Merupakan seorang bakat kelahiran program realiti Fit For Action yang diterbitkan oleh TV3 pada tahun 2022. 

2. Penglibatannya dalam bidang seni seolah-olah tidak dirancang. Beliau memulakan kerjayanya sebagai jurulatih kecergasan di gimnasium selepas menamatkan pengajian. Kemudian, seorang ‘client’ yang bekerja sebagai penerbit meminta beliau cuba melakukan peragaan dan menjadi ‘talent’ di sebuah stesen televisyen, berikutan beliau menghadapi cabaran kerja akibat beberapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diadakan negara.

3. Beliau memulakan perjalanan dalam bidang lakonan tanpa pengalaman sebelum ini. Sebelum program realiti itu, beliau pernah menjadi pelakon tambahan, namun tidak pernah diberi sebarang dialog.

4. Dalam arena pengacaraan, beliau menjadi hos untuk rancangan Mbuzz di TV3.

Fakta Menarik Muaz Zabir

1. Beto Kusyairy dan Amerul Affendi merupakan idola yang menginspirasikannya dalam dunia lakonan.

2. Wajahnya sering disamakan dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, menurut apa yang diperkatakan oleh netizen di laman sosial

3. Pernah menjadi wajah dalam beberapa iklan produk komersial yang disiarkan di televisyen.

Diharapkan biodata muaz zabir di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru.

Sumber: Biodata Muaz Zabir, Pelakon Drama Berepisod Bukan Hanya Sekadar Cinta (TV3) | Iluminasi