Makanan Korea Popular & Sedap Terkini

Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai makanan Korea yang popular dan wajib dicuba

Lain: Makanan Tradisional Sarawak (Unik & Sedap)

Makanan Korea Sedap

Berikut adalah senarai makanan korea terkini yang wajib dicuba.

Kimbap

Anda mungkin ingat kimbap mirip dengan sushi. Namun ianya bukanlah begitu.

Ianya adalah gabungan bahan seperti jeruk lobak putih, sayuran segar, telur dan daging membuatkan kimchi mempunyai rasa yang tersendiri.

Ia juga tidak mengandungi sebarang protein yang mentah seperti sushi.

makanan Korea

Jjampong

Rasa hidangan mi ini dikatakan agak pedas dan kuahnya pula sangat enak kerana ia dimasak bersama makanan laut serta aneka sayur-sayuran.

makanan Korea

Makanan Korea : Eomuk

Eomuk merupakan salah satu makanan ringan yang terkenal di Korea yang merupakan kek ikan yang diperbuat daripada isi ikan dan tepung.

Setelah dibentuk, ia kemudiannya dicucuk pada lidi dan direbus di dalam air rebusan. Air rebusannya juga sering diminum untuk menghangatkan badan.

makanan Korea

Bingsu

Bingsu atau hidangan ais parut ini memang enak untuk dinikmati ketika cuaca panas.

Ia biasanya digabungkan dengan susu pekat, kacang merah dan kek beras. Terdapat juga variasi bingsu dengan pelbagai perisa seperti matcha, coklat dan buah-buahan segar.

makanan Korea

Kalguksu

Kalguksu yang turut dikenali sebagai mi potong pisau diperbuat dengan mi tepung gandum serta dihidangkan bersama ayam cincang dan potongan zucchini.

makanan Korea

Sundubu Jjigae

Makanan Korea ini pula terdiri daripada beberapa ramuan yang sering digunakan dalam hidangan Korea iaitu tauhu lembut, gochujang, daun bawang dan telur.

Rasanya dikatakan agak masam dan pedas, tetapi sangat menyegarkan terutamanya jika dinikmati pada musim sejuk.

makanan Korea

Diharapkan makanan Korea di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru.

Sumber: 15 Makanan Korea Yang Popular dan Wajib Dicuba (ecentral.my)