Contoh Karangan Faedah Membaca & Isi penting

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Contoh karangan faedah amalan membaca & isi penting

Lain: Contoh Karangan Semangat Kejiranan

Isi Penting Karangan Faedah Membaca

Berikut adalah isi penting karangan faedah amalan membaca

Isi penting karangan ini yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

1. Menambahkan Ilmu Pengetahuan

  • Mendedahkan kepada pelajar mengenai maklumat terkini tentang sesuatu perkara.
  • Menambahkan pengetahuan mengenai ilmu baharu yang tidak pernah diketahui oleh mereka.

2. Meningkatkan Kemahiran Bahasa

  • Istilah atau kosa kata baharu yang ditemui akan menyebabkan pelajar dapat meningkatkan penguasaan bahasa.
  • Penguasaan bahasa menjadi lebih luas dengan merujuk kamus bagi mengetahui maksud istilah atau kosa kata baharu.

3. Pemikiran Menjadi Lebih Baik dan Matang

  • Mengetahui banyak isu daripada pelbagai sudut pandangan masyarakat.
  • Menimbang sendiri semua fakta yang dihuraikan dalam pembacaan tersebut dan mampu membuat kesimpulan yang bernas.
  • Melahirkan pelajar yang kritis dan mampu berfikiran yang lebih matang.

4. Mengisi Masa Lapang

  • Amalan ini memerlukan tumpuan yang lama.
  • Mengelakkan terlibat dalam sebarang kejadian negatif.

Lain-lain isi berkaitan dengan manfaat membaca :

  • Menambah ilmu pengetahuan.
  • Senaman minda.
  • Kelebihan untuk fokus.
  • Meningkatkan memori.
  • Melatih diri untuk lebih berdisiplin.
  • Meningkatkan kreativiti.
  • Mengurangkan stress.
  • Mengelak dari bosan.
  • Meningkatkan skill membaca dan skill tatabahasa.
  • Membantu berkomunikasi dengan baik.

Contoh Karangan Faedah Membaca

i) PENDAHULUAN

Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti harian seseorang pelajar itu. Antara bahan bacaan itu meliputi novel, majalah dan akhbar yang banyak dijual di kedai-kedai buku itu. Sebenarnya, amalan ini mempunyai banyak faedah kepada diri pelajar apabila dilakukan secara kerap.

ii) ISI 1: MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN

Kebaikan utama amalan membaca kepada seseorang ialah amalan ini boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Aktiviti membaca mendedahkan kepada pelajar mengenai maklumat terkini tentang sesuatu perkara itu seperti penemuan kajian sains, isu semasa, dan sebagainya. Ini akan menyebabkan pelajar terdedah dengan perkara-perkara baharu yang tidak diketahui sebelum ini yang akhirnya dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Jika mereka tidak menjadikan amalan membaca sebagai amalan kehidupan seharian, mereka tidak akan mengetahui perkara-perkara baharu dan pemikiran mereka tidak akan berkembang,

iii) ISI 2: MENINGKATKAN KEMAHIRAN BAHASA

Selain itu, membaca juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa pelajar. Penemuan saban hari istilah atau kosa kata baharu akan menyebabkan pelajar dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka. Apabila mereka memeriksa istilah atau kosa kata di dalam kamus, mereka akan mengetahui maksud dan makna istilah yang dijumpai tersebut. Ini akan mengakibatkan kosa kata dalam diri pelajar akan menjadi meluas dan menjadikan pelajar mahir dalam penulisan.

iv) ISI 3: PEMIKIRAN MENJADI LEBIH BAIK ATAU MATANG

Tambahan pula, pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila kerap membaca bahan akhbar dan majalah. Pembacaan menjadikan pelajar mengetahui banyak isu daripada pelbagai sudut pandangan masyarakat itu tanpa mengira positif atau negatif. Kemudiannya, pelajar akan menimbang sendiri semua fakta yang dihuraikan dalam pembacaan tersebut dan mampu membuat kesimpulan yang bernas. Ini sekaligus dapat melahirkan pelajar yang kritis dan mampu berfikiran yang lebih matang terutamanya berkaitan dengan isu yang telah dikuasai mereka.

v) ISI 4: MENGISI MASA LAPANG

Sikap suka membaca boleh mengisi masa lapang para pelajar. Amalan ini memerlukan tumpuan yang lama seperti berjam-jam untuk menghabiskan sebuah buku terutama buku ilmiah. Ini sekaligus dapat mengelakkan pelajar tersebut terlibat dalam sebarang kejadian negatif seperti melepak, membuang masa, sebagainya. Kesannya, gejala sosial dapat dikurangkan apabila pelajar dididik mengenai melakukan amalan yang lebih berfaedah pada masa lapang seperti amalan membaca.

iv) PENUTUP

Kesimpulannya, amalan membaca memberikan banyak faedah kepada pelajar. Ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam membantu memupuk minat membaca dengan memberi galakan atau membeli bahan bacaan yang berkualiti buat anak-anak mereka. Bak kata pepatah “membaca itu jambatan ilmu” membuktikan amalan ini penting dilaksanakan oleh semua pelajar tanpa mengira batasan usia tersebut.

Diharapkan info faedah membaca di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru

Sumber: Faedah Membaca – Isi Penting & Contoh Karangan (ecentral.my)