Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Bacaan rumi & cara sujud sajadah yang boleh diamalkan.
Lain: Zikir & Lafaz Wirid Lepas Solat Rumi
Apa itu Sujud Sajadah
Sujud sajadah atau nama lain sujud tilawah adalah sujud yang dilakukan apabila seseorang itu membaca ayat Sajadah dalam Al-Quran.
Ia dilaksanakan dengan tujuan sebagai simbolik rasa penghambaan kita terhadap Allah SWT atas kebesaran Nya.
Hukum Sujud Sajadah
Hukum sujud sajadah adalah sunat muakkad. Bagi sesiapa yang melakukan sujud ini, ia akan memperoleh pahala sunat.
Tiada ganjaran pahala atau dosa diberikan kepada mereka yang tidak melaksanakannya.
Diharapkan info sujud sejadah di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.
Senarai ayat dalam Al-Quran mengandungi tanda sajadah
Tanda simbol kubah masjid dalam mana-mana ayat Al-Quran menandakan kita disunatkan untuk sujud sajadah.
Dalam Al-Quran dikatakan terdapat 15 ayat yang mempunyai tanda yang disebutkan itu, iaitu:
- Surah Al-A’raaf, ayat 206
- Surah Ar-Ra’d, ayat 15
- Surah An-Nahl, ayat 50
- Surah Al-Isra’, ayat 109
- Surah Maryam, ayat 58
- Surah Al-Hajj, ayat 18
- Surah Al-Hajj, ayat 77
- Surah Al-Furqan, ayat 60
- Surah An-Naml, ayat 26
- Surah As-Sajdah, ayat 15
- Surah Saad, ayat 24
- Surah Fussilat, ayat 38
- Surah An-Najm, ayat 62
- Surah Al-Insyiqaq, ayat 21
- Surah Al-‘Alaq, ayat 19
Syarat sah sujud sajadah
Berikut ini merupakan syarat sah sujud sadajah:
- Suci daripada hadis kecil, dan hadas besar
- Menghadap kiblat
- Menutup aurat
Cara Sujud Sajadah
Terdapat dua keadaan sujud ini berlaku iaitu sama ada ketika solat atau di luar solat.
1. Ketika di dalam solat
Pertamanya solat seperti biasa. Namun apabila tiba pada ayat sajadah dalam Al-Quran maka teruslah sujud, dan membaca doa sujud sajadah.
Selesai membaca, berdiri semula dalam keadaan solat tanpa perlu mengangkat tangan. Teruskan dengan sambungan ayat Al-Quran yang dibaca tadi.
2. Ketika di luar solat
Situasi sujud sajadah berlaku di luar solat biasanya ketika seseorang itu sedang membaca Al-Quran. Apabila sampai sahaja pada ayat sajadah, maka angkatlah tangan sambil bertakbir dan terus sujud.
Baca doa sujud sajadah. Setelah selesai, bangun daripada sujud, duduk, dan berikan salam seperti dalam solat.
Bacaan sujud sajadah
Doa 1
Bacaan sujud sajadah rumi : Sajada wajhiya lillazi khalaqahu washawwarahu washaqqa sam’ahu wabasharahu bihawlihi waquwwatihi fatabaarakallahu ahsanul khaliqin
Maksudnya: “Wajahku sujud kepada Tuhan yang menciptakannya dan membentuk rupanya serta mengurniakan pendengaran dan penglihatannya, Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.”
Doa 2
Bacaan sujud sajadah rumi : Allahumma laka sajad tu wabika amantu walaka aslamtu sajada wajhiya lillazi khalaqahu washawwarahu washaqqa sam’ahu wabasharahu tabaarakallahu ahsanul khaliqin
Maksudnya: “Ya Allah! Kepada Mu aku sujud, dengan Mu aku beriman, dan kerana Mu aku berserah. Wajahku sujud kepada Tuhan yang menciptakannya dan membentuk rupanya serta mengurniakan pendengaran dan penglihatannya, Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.”
Sumber: Sujud Sajadah: Panduan, Cara Bacaan, dan Kelebihannya (taqwa.my)