Narsisistik : Maksud, Punca, Ciri-Ciri, Cara Kawal

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Narsisistik dan info lanjut seperti maksud, punca, ciri-ciri, cara mengawal dan rawatan yang dikongsikan oleh laman Narsisistik : Punca, Ciri-Ciri, Cara Mengawal, Rawatan (ecentral.my)

Lain:Koleksi Ayat Sedih (Pendek, Cinta, Kehidupan)

Maksud Narsisistik

Narsisistik adalah sikap seseorang yang terlalu mengagumi diri sendiri atau mempunyai sifat keakuan yang melampau.

Punca Narsisistik

Menurut kajian, didapati orang lelaki lebih mudah mengalami gangguan personaliti ini berbanding wanita.

Walaupun sukar untuk pastikan punca sebenar kepada kewujudan gangguan ini, para penyelidik percaya bahawa ia berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut :

  • Mengalami peristiwa silam atau trauma pada zaman kanak-kanak seperti kritikan melampau
  • Faktor genetik
  • Sifat peribadi seseorang
  • Faktor neurobiology
  • Sikap atau cara didikan ibu bapa ketika anak masih kecil

Ciri-Ciri Narsisistik

Antara ciri-ciri orang narsisistik adalah :

  • Merasakan diri lebih baik daripada orang lain
  • Pentingkan diri sendiri
  • Suka memandang rendah atau memperlekehkan orang lain
  • Sombong dan bangga diri dengan pencapaian atau bakat yang ada pada diri.
  • Mudah berasa dengki pada orang lain serta menganggap orang lain juga dengki padanya.
  • Kurang memahami atau tidak mempunyai rasa empati terhadap orang lain.
  • Memerlukan pujian secara berterusan.
  • Sering memanfaat atau mempergunakan orang lain untuk memperoleh perkara yang diinginkan.
  • Tidak boleh menerima pandangan atau kritikan orang lain terhadap diri sendiri.

Kesan Narsisistik

Sifat narsisistik ini boleh memberikan kesan terhadap individu seperti :

  • Sukar untuk bersahabat atau mendapat rakan
  • Sering mempunyai masalah dalam hubungan
  • Cenderung untuk alami keresahan berpanjangan serta terdedah kepada tekanan
  • Bermasalah di tempat kerja
  • Mudah terjebak kepada masalah berkaitan alkohol atau penyalahgunaan dadah.

Cara Kawal Narsisistik

Adalah tanggungjawab kita untuk membendung penyakit ini daripada berlaku dalam kalangan ahli keluarga, saudara atau rakan terdekat.

Ini penting bagi mengelakkan daripada ia menjadi semakin teruk.

Antara kaedah pengawalan yang boleh dicuba adalah :

  • Elakkan daripada berdebat atau cari kesalahan daripada mana-mana pihak kerana perbincangan sebegini tiada kesudahannya dan boleh menjejaskan hubungan.
  • Kerap bercerita tentang perkara yang disukai agar tidak fokus kepada dirinya sahaja.
  • Ajak mereka lakukan aktiviti yang berfaedah seperti senaman, kerja kebajikan atau aktiviti kerohanian
  • Kerap memuji kebaikan yang dilakukan terhadap orang lain. Ini dapat mengajar mereka untuk berbuat baik kepada sesama manusia.
  • Tunjukkan rasa simpati terhadap masalah atau cabaran yang mereka sedang lalui. Bantu mereka untuk capai solusi bagi masalah tersebut.

Sumber: Narsisistik : Punca, Ciri-Ciri, Cara Mengawal, Rawatan (ecentral.my)