Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Panduan sujud syukur serta bacaan rumi yang boleh diamalkan
Lain: Cara & Bacaan Sujud Sajadah (Rumi Disediakan)
Apa Itu Sujud Syukur?
Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada Allah SWT atas nikmat yang hadir secara tiba-tiba atau terselamat daripada sesuatu bala.
Hukum Sujud Syukur
Hukum sujud syukur ini telah dibincangkan oleh para sahabat dan ahli ulama dan berikut adalah jawapannya:
- Mazhab Syafi’e dan Hanbali memutuskan bahawa hukum ibadah ini ialah sunat menurut kitab Mughni al-Muhtaj.
- Imam Syaukani menyatakan dalam Al-Bahr Az-Zikhar, Rasulullah SAW melakukan sujud syukur pada tempat dan situasi tertentu. Oleh itu, sujud syukur tidaklah wajib.
- Syeikh Zakariya al-Ansari menerangkan di dalam Syarah al-Bahjah, sunnah sujud syukur ialah seperti sujud tilawah yang dilakukan di luar solat.
Kebanyakan para agamawan bersetuju bahawa amalan ini bukanlah satu ibadah wajib, tapi ia sangat digalakkan untuk dilakukan. Oleh itu, amalan ini telah diletakkan di bawah ibadah sunat.
Beza Sujud Syukur dan Sujud Tilawah
Berikut adalah perbezaan antara sujud syukur dan sujud tilawah
Syarat Sah Sujud Syukur
Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali, syarat sah sujud syukur ini ialah:
- Suci daripada hadas besar dan kecil
- Suci daripada najis sama ada di badan, pakaian atau di tempat anda melaksanakan sujud tersebut.
- Mengadap arah kiblat
- Menutup aurat
Cara Sujud Syukur
Berikut adalah panduan pelaksanaan sujud syukur
- Niat
- Takbiratul Ihram.
- Sujud (sekali sahaja) dan baca bacaan di bawah
- Duduk seperti tahiyat akhir tanpa membaca tasyahud.
- Memberi salam.
Niat & Bacaan Sujud Syukur
Bagi anda yang ingin menjalankan ibadah ini, berikut adalah lafaz niat dan bacaan dalam sujud yang perlu anda baca ketika melakukan ibadah sunat tersebut:
1. Niat
نَوَيْتُ سُجُوْدَ الشُّكْرِ سُنَّةَ لِلّٰهِ تَعَالَى
Rumi: Nawaitu sujudassyukri sunnata lillahi ta’ala
Maksudnya: “Sahaja aku melakukan sujud syukur sunat kerana Allah Taala”.
2. Bacaan dalam sujud
Kelebihan Sujud Syukur
Kelebihan dan kebaikan sujud syukur adalah:
- Merasai kepuasan rohani
- Menerima anugerah daripada Allah SWT .
- Semakin dekat dengan Allah
- Memperoleh bimbingan dan hidayahNya.
- Ditambahkan nikmat daripada Allah SWT
- Selamat dari seksa-Nya.
Diharapkan sujud syukur di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.
Sumber: Sujud Syukur : Bacaan Rumi & Panduan Melaksanakannya (ecentral.my)