Doa Sebelum Tidur : Bacaan Rumi & Maksud

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Doa Sebelum Tido : Bacaan Rumi, Maksud & Sunnah Rasulullah

Info: Doa Bangun Tidur & Doa Tidur (Bantuan Rumi Jawi Disediakan)

Apakah Doa Sebelum Tidur

Doa tidur hendaklah dibaca sebelum kita melelapkan mata pada malam hari. Ia merupakan doa kebergantungan kepada Allah yang menghidupkan dan mematikan manusia. 

Tidur boleh diumpamakan seperti “mati sekejap” kerana roh keluar daripada badan semasa kita tidur (sama seperti apabila berlakunya kematian) dan akan kembali apabila kita bangun. 

Bacaan Doa Sebelum Tidur

Berikut ialah bacaan doa sebelum tidur:

بِسْمِكَ اللّهُمَّ اَحْيَا وَ بِسْمِكَ اَمُوْتُ 

Bacaan doa sebelum tidur rumi : “Bismika allahumma ahyaa wa bismika amuut.” 

Maksud bacaan doa sebelum tidur : “Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan aku mati.” 

(Sahih Bukhari, At-Tauhid: 6845)

Amalan Sunnah Rasulullah Sebelum Tidur

Sebelum tidur, Rasulullah SAW melakukan beberapa perkara agar dilindungi sepanjang tidur, mendapat kualiti tidur yang baik serta mendapat pahala. 

Sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad sebelum tidur ialah:

  1. Berwudhu
  2. Mengibas Kawasan Tempat Tidur
  3. Membaca Doa Sebelum Tidur
  4. Membaca Ayat Kursi
  5. Membaca 3 Qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas)

Diharapkan info doa sebelum tidur ini dapat memberikan anda maklumat yang berguna.

Sumber: Doa Sebelum Tidur – Bacaan Rumi, Maksud & Sunnah Rasulullah (ecentral.my)