Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Istidraj & Istidroj : Maksud, Tanda, Kesan & Contoh
Lain: Fi Amanillah : Maksud, Bila Perlu Ucap & Cara Balas
Apa itu Istidraj
Istidraj merujuk kepada satu fenomena di mana seseorang secara perlahan-lahan ‘diperdayakan’ atau ‘disesatkan’ oleh Allah SWT kerana keingkarannya melalui nikmat.
Maksud Istidraj
Dari segi bahasa, istidraj diambil daripada perkataan da-ra-ja (درج) yang bermaksud; naik dari satu tingkatan ke tingkatan selanjutnya.
Secara umumnya pula, Istidraj bermaksud Allah SWT membiarkan seseorang hambaNya terus melakukan kesalahan atau dosa tanpa sebarang azab/hukuman. Allah SWT membiarkannya dan tidak disegerakan azabnya.
Tanda-tanda Istidraj
1. Mendapat Banyak Nikmat Tetapi Keimanan Tidak Bertambah/Menurun
Apabila seseorang dikurniakan nikmat yang banyak tetapi dia semakin menjauh dari Allah, maka ia boleh jadi petanda istidraj. Sesungguhnya, disebalik nikmat yang diberikan itu ada peringatan yang Allah berikan kepada seseorang.
Seseorang yang beriman akan sentiasa bersyukur apabila mendapat nikmat. Malah, semakin bertambah keimanannya.
Tetapi hal tersebut tidak akan dirasakan oleh orang yang tidak beriman, mereka hanya akan sentiasa merasa kurang dan gelisah walaupun Allah mengurniakannya dengan nikmat yang berlimpah-ruah.
2. Sukar Melakukan Ibadah
Salah satu petanda istidraj juga ialah apabila seseorang merasakan sukar untuk melaksanakan ibadah secara konsisten walaupun mempunyai peluang dan kemudahan.
3. Tidak Kuat Melawan Nafsu (Kurang Iman)
Individu yang terperangkap dalam istidraj merasa sukar untuk menolak godaan atau nafsu yang membawanya kepada dosa.
4. Tidak Mahu Mendengar Nasihat
Orang yang berada dalam keadaan istidraj sering mengabaikan peringatan dan nasihat yang diberikan oleh orang lain untuk bertaubat atau meninggalkan perbuatan dosa.
Contoh-contoh istidraj
Berikut adalah beberapa contoh istidraj
1. Berjaya dalam kerjaya walaupun tidak menunaikan solat dan melakukan maksiat semasa di tempat kerja.
2. Seseorang yang kerap meminum arak tetapi tidak mengalami sebarang kesan buruk yang ketara dalam hidupnya atau kesihatannya.
3. Kaya walaupun rezeki tersebut datangnya daripada sumber yang haram.
4. Orang yang terus melakukan dosa-dosa besar seperti zina atau riba tetapi tidak merasakan keinginan untuk bertaubat.
5. Seseorang yang terus mencari kekayaan melalui cara yang tidak halal tetapi masih mendapat kejayaan material tanpa mengalami kesulitan atau rintangan yang besar
Kesan Istidraj
Berikut adalah beberapa kesan-kesan istidraj
- Terus melakukan dosa
- Kehilangan rahmat Allah
- Tidak dikurniakan ketenangan
- Sentiasa merasa gelisah
- Tidak merasa cukup dengan apa yang dikurniakan walaupun melimpah ruah
Diharpkan info mengenai istidraj di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna
Sumber: Istidraj: Maksud, Tanda-tanda, Kesan Istidraj & Contoh (ecentral.my)