Cara Semak Dan Tuntut Wang Tak Dituntut Secara Online, Untung-Untung Dapat 14K

Pernah viral sebelum ini bahawa terdapat berbilion jumlah terkumpul Wang Tak Dituntut (WTD) yang dilaporkan masih gagal diserahkan kepada pemilik asal kerana tiada tuntutan dibuat. Pada artikel kali ini, kami ingin mengajar anda untuk menyemak WTD secara online dan kemudiannya cara untuk menuntut wang tersebut.

Cara Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Secara Online

1. Pergi ke laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Laman Web Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Mula-mula, anda perlu pergi ke laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan buat pendaftaran akaun baru dengan klik pada pautan Pendaftaran di bahagian atas kanan (rujuk bulat merah dalam gambar).

2. Pendaftaran akaun di Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Pendaftaran Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Di laman pendaftaran ini, anda perlu mengisi Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, alamat Emel, Nama Pengguna dan Kata Laluan untuk log masuk.

3. Log masuk ke portal eGUMIS

Setelah selesai pendaftaran, anda boleh log masuk ke portal eGUMIS dengan klik pautan Log Masuk pada bahagian atas kanan laman (rujuk bulatan merah dalam gambar di bawah). Log masuk portal menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang anda telah tetapkan pada sebelum ini.

Log Masuk Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Log Masuk Portal eGUMIS

Lengkapkan Butiran Diri

Setelah log masuk untuk pertama kali, anda dikehendaki untuk mengemaskini maklumat diri anda seperti Alamat dan Nombor Telefon sebelum carian WTD boleh dilakukan. Setelah isi, tekan Simpan dan anda boleh teruskan dengan carian WTD.

Maklumat Diri eGUMIS

Mula Carian Wang Tak Dituntut (WTD)

Carian WTD boleh dilakukan dengan klik pada pautan warna ungu yang dipaparkan. Anda diminta untuk memberikan Nombor Kad Pengenalan untuk membuat carian WTD. Hanya 2 carian WTD sehari berdasarkan Nombor Kad Pengenalan sahaja yang dibenarkan. Hasil carian akan keluar pada bahagian bawah laman.

Carian Wang Tak Dituntut
Wang Tak Dituntut

Cara Tuntut Wang Tak Dituntut (WTD)

Bagaimana pula cara untuk menuntut WTD tersebut? Dibawah ini kami sediakan caranya:

  1. Serahkan MyKad anda di kaunter atau hadir sendiri ke mana-mana Jabatan Akauntan Negara yang tersedia di mana-mana negeri untuk membuat semakan.
  2. Pegawai bertugas akan membantu anda membuat semakan sekali lagi melalui sistem dan anda berpeluang untuk mengetahui keputusan tidak kurang daripada lima minit selepas semakan dibuat.
  3. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk mengeluarkan wang anda daripada pegawai yang bertugas.

Menurut perkongsian dari Facebook Idah Binti Basri, beliau telah berjaya menuntut semula wang miliknya hampir berjumlah RM 14,000.

Wang Tak Dituntut 14 ribu

Salam semua. Nk bgtau klu sesiapa ada akaun2 bank lama yg dah terbiar atau tutup tp masih ada duit di dlmnya, sbnrnya uoll boleh claim balik. Even rm20 30 ringgit diorg akan pulangkan pd kita. Just bawa ic ke Pej. Pendaftar Wang tak dituntut di ting 42 Menara Maybank. Klu tak pasti just bg ic diorg cek n akn diberitahu ada duit utk dituntut atau tidak. Jika ada kena isi borang spt yg diarahkan. Kakyu tak sure yg dpt tu duit apa. Yg tau duit dr Citibank kredit card n ada diantaranya duit dr syrikat insurance. Kakyu selama ni tak sedar pun syrikat insurance ada bank in kan duit dlm akaun. Akaun tu dah berzaman tutup. Pergi jgn tak pergi..kena rajin n usaha sikit haa tu ha dpt rm14k beb!!!

Akhir kata, WTD bukanlah hanya terhad daripada akaun-akaun bank yang sudah ditutup atau tidak aktif sahaja, tetapi kemungkinan ianya datang dari bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama anda bekerja atau mana-mana firma yang berkaitan.

Sumber: Idah Binti Basri

Leave a Comment