Cara Isi Borang Poslaju Online & Print (e-Connote/e-Konsainan)

Tahukah anda bahawa kini anda boleh isi borang Poslaju online dan print secara digital di kaunter Poslaju nanti.

Proses untuk menghantar barang Poslaju kini semakin mudah. Anda tidak perlu lagi untuk menulis nota konsainan Poslaju secara manual selepas ini.

Artikel ini akan menceritakan cara print borang Poslaju online dan cara isi borang Poslaju online melalui laman web www.pos.com.my atau menggunakan apps Poslaju.

Maklumat Poslaju lain: Waktu Operasi Pos Laju Di Semua Negeri Malaysia

Cara Print & Isi Borang Poslaju Online (e-Connote/e-Konsainan)

Untuk gunakan cara baru ini, anda hanya perlu isikan maklumat, imbas QR kod dan print e-Nota Konsainan di mana-mana pejabat pos dan cawangan Pos Laju.

Kelebihan e-Connote / e-Konsainan

  • Sudah siap ada harga mengikut berat & destinasi. Anda tidak perlu untuk beratur dan timbang untuk semata-mata tanya harga terkini poslaju.
  • Maklumat yang anda berikan terus masuk dalam sistem.
  • Jimat kertas kerana kurang penggunaannya.
  • Dapat elakkan slip consignment note tercicir dari parcel (e-connote menggunakan teknologi thermal print sticker).
  • Tidak perlu bazirkan masa untuk menulis alamat di borang poslaju di kaunter.
  • Tidak penat dan tidak lenguh tangan untuk menulis.
  • Memudahkan posmen untuk membaca alamat dan menghantar barang ke alamat yang betul.

Kelemahan e-Connote / e-Konsainan

  • Anda kena ada handphone & line internet yang baik.
  • Jika anda ada banyak barang untuk dihantar, ada maksimum print 20 e-connote sahaja.

Cara Isi Borang Poslaju Online (e-Connote / e-Konsainan)

  1. Install apps POS MALAYSIA atau pergi ke laman web POS MALAYSIA di https://www.pos.com.my/
  2. Klik pada E-Consignment Note.
  3. Pilih lokasi Pejabat Pos yang boleh anda print E-Connote.
  4. Isi alamat pengirim barang
  5. Isi alamat penerima barang
  6. Isi anggaran berat atau berat sebenar dan deskripsi ringkas berkenaan barang serta nilai barang yang hendak dihantar (Nanti di kaunter akan ditimbang barang anda sekali lagi dan caj sebenar akan diberitahu mengikut berat sebenar).
  7. Kemudian akan tertera harga yang perlu dibayar untuk kita sediakan dan bayar di kaunter poslaju nanti.
  8. Akan keluar QR CODE. Kalau anda sudah berada di depan kaunter boleh terus klik bar SCAN & PRINT.
  9. Sekiranya anda ingin taip alamat dahulu di rumah kemudian baru pergi ke pejabat pos, maka anda boleh pilih SAVE TO MY PARCEL.
  10. Jika anda dari rumah, buka apps POS MALAYSIA & klik MY PARCEL.
  11. Pada bahagian TO PRINT adalah untuk anda pilih E-Connote mana yang hendak anda cetak. Klik icon printer di tepi.
  12. Nanti akan keluar QR CODE untuk scan pada device di kaunter poslaju.
  13. Slip akan dicetak & ditampal pada parcel dan anda boleh terus buat bayaran.

NOTA: E-connote ini tidak boleh dicetak dari rumah kerana sistem borang poslaju online ini dibina untuk customer walk-in sahaja. Dibawah ini adalah step-by-step cara isi borang poslaju online dengan bantuan gambar.

Cara Print Borang e-Consignment Note Poslaju Melalui Laman Web

Buka laman web POS MALAYSIA di https://www.pos.com.my/

econsignment-note

Klik pada E-Consignment Note seperti dalam kotak pada gambar di atas.

econsignment-note

Isi maklumat dalam gambar di atas ini supaya lengkap. Lokasi poslaju e-Consignment note untuk panduan anda adalah seperti dalam senarai di bawah:

https://mobile-app.pos.com.my/PDF/e-Connote%20locations.pdf

Seterusnya isi maklumat pengirim dan penerima.

econsignment-note

Isikan anggaran berat untuk anda dapatkan anggaran harga. Jika anda tidak tahu berat sebenar tidak mengapa kerana nanti barang akan ditimbang di kaunter untuk dapatkan jumlah yang lebih tepat.

econsignment-note

Setelah siap isi, akan keluar QR code seperti dalam gambar di atas. Tekan butang Download & Print. Anda boleh simpan kod QR ini dalam handphone atau jika anda hendak print QR code ini pun tidak mengapa.

QR code ini akan digunakan untuk print e-Consignment note tadi di Pejabat Pos yang dipilih sebentar tadi di atas.

cara guna mesin e connote

Cara Print Borang e-Consignment Note Poslaju Melalui Apps

Mula-mula anda perlu install apps POS MALAYSIA. Apps boleh didapati di Play Store (Android) dan App Store (iOS).

apps pos malaysia

Setelah install, buka apps tersebut dan pilih menu New Consignment Note seperti dalam gambar di bawah ini.

apps pos malaysia

Setelah tekan, akan keluar pop-up info di mana lokasi Pejabat Pos yang boleh anda print E-Connote. Jika anda sudah tahu pejabat pos mana yang anda hendak pergi boleh klik pangkah [X].

apps pos malaysia

Isi alamat pengirim dan penerima seperti dalam gambar di bawah ini.

apps pos malaysia
apps pos malaysia

Isi anggaran berat barang anda dan deskripsi ringkas berkenaan parcel serta nilai item dalam parcel tersebut. Nanti akan keluar anggaran harga yang perlu dibayar di kaunter nanti.

apps pos malaysia
apps pos malaysia

Akan keluar QR code yang anda boleh tunjuk di kaunter poslaju dengan tekan SCAN & PRINT. Jika anda hendak taip dahulu di rumah kemudian baru pergi ke pejabat pos maka pilihlah SAVE TO MY PARCEL.

apps pos malaysia

Di bahagian TO PRINT adalah untuk anda pilih E-Connote mana yang anda hendak print. Klik icon printer di tepi itu.

apps pos malaysia

Nanti akan keluar QR CODE untuk scan pada device di kaunter poslaju. Mudah bukan? Untuk pengetahuan anda, anda tidak dikenakan sebarang caj untuk cetak e-Connote ini.

Sumber: FB Ayuni Sarah Baharuddin