Contoh Resume Terbaik CV Untuk Mohon Kerja

Bagi yang baru habis belajar atau yang sedang mencari pekerjaan baru, resume dan CV amatlah penting sebagai dokumen untuk memohon pekerjaan di mana-mana syarikat. Dengan menyediakan contoh resume terbaik kepada syarikat yang dipohon dapat memberikan first impression kepada bakal majikan sebelum anda dipanggil untuk sesi temuduga.

Kandungan resume merangkumi maklumat ringkas peribadi, pencapaian akademik, kemahiran dan beberapa maklumat yang perlu berdasarkan bidang pekerjaan yang dimohon. Ringkasan pengalaman bekerja juga mustahak kerana ia dapat memberikan gambaran kepada majikan untuk menilai kebolehan setiap individu.

Selain resume, ada sesetengah bakal majikan merlukan dokumen lain seperti curriculum vitae atau CV. Amatlah penting bagi anda terutamanya kepada graduan universiti dan kolej untuk mengetahui perbezaan resume dan CV bagi mengelakkan kesilapan sewaktu memohon pekerjaan sama ada di syarikat swasta ataupun dalam kerajaan.

Mula berniaga online dengan Shopee menerusi Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee 2020 Terkini

Contoh Resume CV Terbaik

Kami akan menjelaskan cara untuk menyediakan contoh resume terbaik dan contoh curriculum vitae cv di bawah ini.

Beza Resume Dan CV

Perbezaan antara resume dan CV adalah seperti berikut:

ResumeCV (Curiculum vitae)
Satu muka suratDua atau tiga muka surat
Tiada format tetapTerdapat format yang perlu diikuti
Gambar digalakkanTidak perlu untuk sertakan gambar 
Maklumat yang berkaitan jawatan sahajaMaklumat diri, pendidikan, pengalaman bekerja, pencapaian, kemahiran dan rujukan hendaklah disertakan
Tidak perlu Cover LetterPerlu sertakan Cover Letter

Ciri-Ciri Resume Terbaik

Berikut dikongsikan ciri-ciri resume terbaik yang mampu menarik minat majikan terhadap pencari kerja:

  1. Hanya satu (1) mukasurat
  2. Meletakkan gambar yang profesional
  3. Meletakkan maklumat untuk berhubung yang lengkap seperti nombor telefon dan email
  4. Pamerkan perkara yang berkaitan dengan pekerjaan yang dimohon sahaja
  5. Senaraikan tahap pendidikan dan pengalaman bekerja mengikut turutan. Bermula daripada yang terkini dahulu
  6. Gunakan font yang profesional seperti Sans Serif, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva. Saiz font yang sesuai adalah di antara 10 hingga 12

Tips Resume Terbaik

Untuk menghasilkan resume terbaik, anda boleh ikuti tips extra berikut dari kami:

  1. Hadkan penggunaan warna dalam resume. Hanya menggunakan dua atau tiga warna yang mempunyai tona yang sama
  2. Letakkan objektif yang ringkas serta berkaitan dengan jawatan yang dipohon
  3. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa dan ejaan
  4. Tiada format yang tetap pada resume, bergantung kepada daya kreatif maing-masing untuk mereka bentuk resume

Download Contoh Template Resume Format Terkini 2020

Dibawah ini kami sediakan contoh pertama template resume terkini percuma untuk anda download dan edit dengan mudah menggunakan Microsoft Word.

contoh resume

Manakala berikut adalah contoh kedua template resume ringkas percuma untuk anda download dan edit menerusi Microsoft Word.

curriculum vitae cv

Download Contoh Template CV Format Terkini 2020

Berikut adalah contoh template CV ringkas percuma untuk anda download dan edit menerusi Microsoft Word.

Template CV Percuma
Contoh CV Word

Leave a Comment