Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee 2022 Terkini

Pada tahun 2022, Shopee tetap popular sebagai online platform di Malaysia untuk berniaga secara online. Cara berniaga di Shopee tidaklah sesukar mana kerana anda boleh mendaftar untuk berniaga di Shopee hanya di hujung jari, berbeza dengan membuka kedai fizikal yang leceh dan memerlukan banyak prosedur.

Dengan mendaftar dan menjual di Shopee pada masa kini amatlah berbaloi kerana ramai pembeli yang lebih gemar untuk membeli belah di Shopee berbanding platform lain kerana mudah, cepat dan selamat dengan adanya sistem di Shopee untuk melindungi penjual dan pembeli dari tertipu.

Cara Seller Berikan Free Shipping Untuk Buyer Di Shopee

Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee

Di bawah ini kami kongsikan cara terkini 2022 untuk mula daftar dan niaga di Shopee. Digalakkan anda untuk menggunakan komputer dan bukannya telefon pintar untuk mendaftar akaun bagi memudahkan urusan pendaftaran.

Daftar Akaun Shopee

Dengan menggunakan komputer, pergi ke laman rasmi Shopee Malaysia iaitu https://shopee.com.my/ dan tekan pada Daftar atau Sign Up di bahagian atas kanan.

cara daftar shopee

Kemudian anda akan diminta untuk masukkan nombor telefon untuk tujuan pengesahan. Pastikan anda masukkan nombor telefon yang betul dan boleh menerima SMS dari Shopee tanpa masalah.

cara shopee daftar
shopee nombor teleefon

Kemudian anda dikehendaki untuk masukkan butiran seperti username, password dan email. Digalakkan untuk anda memilih username yang menarik supaya sesuai dengan barang yang anda bakal jual dan dapat menarik perhatian ramai orang untuk singgah di kedai Shopee anda.

Log Masuk Dan Pergi Ke Seller Centre

Setelah selesai daftar akaun Shopee, anda boleh log masuk dan pergi ke Seller Centre untuk mula masuk ke halaman khas untuk peniaga. Seller Centre terletak di bahagian atas kiri seperti dalam gambar di bawah ini.

cara berniaga di shopee
cara berniaga di shopee

Penjelasan Fungsi Di Seller Centre

Di halaman Seller Centre, anda akan dapat lihat pelbagai fungsi di sebelah kiri yang disediakan khas untuk penjual dan tidak boleh didapati oleh pembeli biasa. Di bawah ini kami akan jelaskan setiap satu fungsi asas tersebut.

Order (Pesanan)

Maklumat mengenai barangan yang belum dibayar oleh pembeli (Unpaid), barang yang perlu dihantar (To ship), barang dalam proses penghantaran (Shipping), barang telah sampai ke pembeli (Completed), urusniaga yang dibatalkan oleh pembeli (Cancellation), dan pulangan semula barang (Return/Refund) boleh dilihat disini.

cara berniaga di shopee

Product (Produk)

Info mengenai barang jualan anda seperti nama barang, gambar, berat, harga variasi, dan stok boleh diletakkan di bahagian ini.

cara berniaga di shopee

Marketing Centre (Pusat Promosi)

Segala fungsi marketing yang boleh digunakan untuk mempromosikan barangan anda boleh didapati disini. Di laman ini juga anda boleh uruskan voucher, campaign untuk kedai anda.

shopee marketing centre

Finance (Kewangan)

Pendapatan dari hasil jualan barang anda dan statement bulanan boleh disemak disini. Di ruangan finance juga anda boleh letakkan maklumat akaun bank anda untuk tujuan pemindahan bayaran daripada Shopee. Pelbagai jenis bank disokong untuk tujuan pemindahan bayaran seperti Bank Islam, Maybank, CIMB, Ambank, Bank Rakyat, BSN dan sebagainya.

cara berniaga di shopee
shopee bank account

Data (Maklumat Pelawat)

Jumlah pelawat yang datang ke kedai anda (page views) dan jumlah iklan barang anda ditekan boleh dilihat di halaman ini.

shopee data

Shop (Kedai)

Anda boleh ubah nama kedai Shopee anda, letakkan logo serta gambar cover kedai, letak maklumat ringkas mengenai kedai di sini.

shopee shop kedai

Address (Alamat)

Di bahagian address, anda boleh isikan alamat kedai anda bagi tujuan pengambilan barang atau penghantaran semula barang yang dibatalkan.

shopee address shop

Cara Masukkan Barang Produk Ke Kedai Shopee Anda

Setelah selesai masukkan maklumat kedai Shopee anda dan letakkan akaun bank anda, kini anda boleh mula masukkan barang produk yang hendak dijual di kedai Shopee anda.

Add New Product (Tambah Produk Baru)

Masuk semula ke Seller Centre dan pada sebelah kiri tekan My Products dan tekan pada Add a New Product untuk mula menambah produk. Isikan nama produk, pilih kategori produk dan tekan Next untuk halaman seterusnya.

shopee add a new product

Basic Information (Maklumat Asas)

Pada bahagian Basic Information, anda boleh isikan maklumat lanjut mengenai produk anda seperti jenama produk, model, bahan binaan, waranti dan sebagainya. Maklumat di Basic Information adalah berbeza mengikut kategori produk yang dipilih pada sebelum ini.

shopee basic information

Sales Information (Maklumat Jualan)

Disini, anda boleh tetapkan harga untuk setiap variasi produk sekiranya ada dan juga tetapkan bilangan stok yang ada pada anda.

shopee sales information

Media Management (Pengurusan Media)

Gambar-gambar produk anda boleh diletakkan di sini dengan maksimum 9 gambar untuk setiap produk. Pastikan anda memilih gambar yang betul supaya dapat memikat hati bakal pembeli.

shopee media management

Shipping (Penghantaran)

Maklumat penghantaran seperti saiz, berat, kos serta jenis kurier boleh ditetapkan di sini.

shopee shipping

Other (Lain-Lain)

Sekiranya barang yang bakal dijual oleh anda itu merupakan barang Pre-Order, sila nyatakan di bahagian sini kerana sekiranya barang anda mempunyai stok tersedia, anda diperlukan untuk menghantar dalam tempoh 2 hari selepas pembayaran dibuat oleh pembeli. Untuk produk Pre-Order, anda diberikan masa 7 sehingga 30 hari untuk berbuat demikian. Di sini anda juga boleh nyatakan sekiranya barang yang bakal dijual itu adalah barang baru atau sudah digunapakai.

shopee preorder

Save And Publish (Simpan Dan Hantar)

Setelah selesai semua proses di atas ini, anda boleh tekan pada butang Save And Publish untuk mula menyiarkan produk tersebut di kedai Shopee anda. Untuk lihat produk yang aktif, sila masuk semula ke Seller Centre dan pada sebelah kiri tekan My Products.

Harap dengan tutorial cara berniaga di Shopee ini dapat membantu anda untuk mulakan bisnes secara online.

Leave a Comment