Cara Check Coverage Telco Yang Paling Laju Di Kawasan Anda

Pada zaman kini, internet sudah menjadi satu keperluan untuk kita bukan sahaja untuk berhubung dengan orang lain, tapi juga untuk tujuan pekerjaan. Disebabkan oleh pelbagai jenis syarikat telekonomukasi (telco) bertapak di Malaysia, amat penting untuk kita selidik dahulu telco manakah yang memberikan kelajuan internet paling tinggi di kawasan kita.

Untuk itu, pada artikel kali ini, kami akan kongsikan cara paling mudah untuk check kekuatan dan kelajuan coverage bagi telco seperti:

  1. Check coverage digi
  2. Check coverage celcom
  3. Check coverage maxis
  4. Check coverage umobile
  5. Check coverage unifi

Cara Check Coverage Telco

Untuk check coverage, pertama sekali anda hendaklah memuat turun dahulu aplikasi OpenSignal di smartphone anda (Android Playstore atau iOS Appstore). Setelah muat turun, buka aplikasi tersebut dan berikut adalah paparan yang keluar.

check coverage telco digi

Kemudian, pada menu bawah di tengah-tengah, tekan bahagian coverage atau simbol seakan location untuk paparkan map lokasi tempat anda. Sekiranya betul, anda akan lihat paparan seperti di bawah ini.

check coverage telco celcom

Kemudian klik pada compare perfomance seperti yang terdapat di bawah skrin untuk aplikasi mula check coverage telco mana yang paling laju di kawasan anda. Setelah selesai, hasil kajian akan ditunjukkan seperti di bawah ini.

check coverage telco maxis

Paparan aplikasi akan berubah dari semasa ke semasa, tetapi fungsi tetap tidak akan berubah. Selamat mencuba.