Bina Ayat : Teknik & Cara

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Teknik & cara bina ayat mudah dan senang

Lain: Kata Nama Am & Kata Nama Khas (Maksud, Contoh Ayat)

Apa itu Ayat

Apa itu ayat? Maksud ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.

Subjek ialah perkara yang diceritakan manakala predikat ialah cerita berkenaan perkara itu.

Ayat mestilah mengandungi makna yang lengkap dan diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.

Teknik Bina Ayat

Terdapat dua teknik untuk membina ayat iaitu:

  • Teknik pengembangan
  • Teknik transformasi

Teknik Pengembangan

Teknik pengembangan ini adalah menggunakan soalan apa, siapa, mengapa, bagaimana, bila dan di mana untuk dikaitkan dengan perkataan yang diuji.

Ini dapat dilihat menerusi contoh di bawah.

i) Contoh 1

Contoh perkataan diuji: menembak

  • Siapa – Polis menembak perompak
  • Mengapa – kerana cuba meragut beg tangan seorang wanita
  • Bagaimana – menggunakan sepucuk pistol
  • Bila – petang semalam
  • Di mana – Jalan Langat.

Ayat lengkap:

Seorang anggota polis menembak seorang perompak yang cuba meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Langat pada petang semalam dengan menggunakan sepucuk pistol.

ii) Contoh 2

Perkataan diuji : memukul

  • Siapa – Abang memukul adik
  • Mengapa – ponteng sekolah
  • Bagaimana – menggunakan sebatang rotan
  • Bila – semalam
  • Di mana – rumah

Ayat lengkap :

Abang memukul adik dengan menggunakan sebatang rotan di rumah kerana adik ponteng sekolah semalam.

Teknik Transformasi

Teknik ini melibatkan pembinaan ayat berdasarkan jenis ayat.

Contohnya adalah seperti di bawah:

Perkataan diuji : buru.

  • Ayat aktif transitif menggunakan kata ganti nama diri pertama: Saya memburu seekor rusa.
  • Ayat pasif biasa: Seekor rusa saya buru.
  • Ayat pasif songsang: Saya buru seekor rusa
  • Ayat perintah: Jangan memburu rusa di hutan kerana binatang tersebut dilindungi oleh undang-undang.

Diharapkan info bina ayat di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Bina Ayat: Teknik & Cara Bina Ayat (ecentral.my)