Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Doa Bulan Rejab & Amalan Sunat Digalakkan
Lain: Zikir & Lafaz Wirid Lepas Solat Rumi
Doa Masuk Bulan Rejab
Doa yang anda boleh amalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan
Maksud doa bulan rejab : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
[HR Baihaqi]
Amalan Sunat Bulan Rejab
Menurut perkongsian daripada laman rasmi Mufti WP, bulan Rejab tidak memiliki kelebihan yang khusus seperti amal ibadat tertentu. Ini selaras dengan hadith-hadith sahih.
Meskipun begitu, ini tidak menjadi penghalang bagi seseorang untuk mengerjakan amal ibadah dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan yang dilaksanakan mempunyai kelebihan yang tertentu.
Selain membanyakkan berdoa, kita sebagai umat Islam juga sangat digalakkan untuk menghiasi bulan Rejab dengan ibadah seperti puasa, solat sunat dan berzikir.
Diharpkan info doa bulan rejab di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna
Sumber: Doa Bulan Rejab & Amalan Sunat Yang Digalakkan (ecentral.my)