Permohonan Gantian Mykad 30 Minit Di Senarai JPN Terpilih

Permohonan Gantian Mykad kini boleh diproses dalam tempoh 30 minit sahaja di mana info ini dimaklumkan sendiri oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia menerusi hantaran di laman Facebook mereka 1 Ogos lalu.

Walaubagaimanapun, proses ini tertakluk kepada pejabat-pejabat yang disenaraikan sahaja di seluruh Malaysia. Menurut JPN, permohonan gantian Mykad yang mempunya masalah seperti cap jari rosak dan kehilangan buat kali ketiga akan diproses dalam tempoh 3 bulan seperti biasa.

Tips lain: Cara Buat Janji Temu Jabatan Pendaftaran Negara Online MyJanjiTemu JPN

Permohonan Gantian Mykad

Proses gantian Mykad yang boleh disiapkan dalam tempoh 30 minit ini boleh dilakukan di 40 pejabatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh Malaysia. Berikut adalah senarai pejabat JPN berdekatan yang anda boleh kunjungi.

Senarai Pejabat JPN

Dalam kemaskini JPN pada 30 Julai, semua urusan perkhidmatan kaunter adalah berdasarkan janji temu bermula 1 Julai 2021. Tambah JPN, urusan tanpa bukti janji temu atau walk-in adalah tidak dibenarkan.

Sumber: Facebook Jabatan Pendaftaran Negara

Sumber lain: Harian Post