Resepi Ikan Nyok Nyok Sedap & Mudah

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Resepi ikan nyok nyok mudah, cepat & sedap

Lain: Koleksi Resepi Daging Yang Mudah Dan Sedap

Apa Itu Ikan Nyok Nyok

Ikan ini juga ada kalanya disebut sebagai ikan cupak atau ikan cermin. Ikan dewasa biasanya dijumpai di kawasan perairan pantai di atas terumbu. Sementara itu, ikan kecil pula sering ditemui di muara serta kawasan yang banyak rumput laut.

Disebabkan ia mempunyai mata yang besar, ikan nyok nyok dalam bahasa Inggeris mempunyai pelbagai nama antaranya big eyes trevally dan dusky jack.

Resepi Ikan Nyok Nyok

Berikut adalah beberapa resepi ikan nyok nyok menarik dan mudah yang anda boleh cuba.

Ikan Nyok Nyok Masak Asam Rebus

ikan nyok nyok
Sumber : Facebook NInie Zaini

Bahan-bahan :

  • Bawang besar sebiji (potong 4 atau 6)
  • Serai sebatang (diketuk)
  • Timun sebiji dipotong serong (boleh juga gunakan bendi atau terung)
  • Cili padi sedikit untuk tambah pedas (diketuk)
  • 2-3 keping asam pedas
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Tomato sebiji (dipotong 6)
  • Ikan nyok-nyok 2 ketul
  • Air

Cara-cara :

  • Masukkan air, serai, bawang besar dan asam keping ke dalam kuali dan didihkan
  • Kemudian masukkan serbuk kunyit, timun, cili padi, ikan dan tomato
  • Perasakan mengikut cita rasa dan siap untuk dihidang

Asam Pedas Nyok Nyok

ikan nyok nyok
Sumber : Azizah Daud

Bahan-bahan :

Ikan nyok nyok

Bahan untuk dikisar :

  • 8 biji cili kering
  • 2 biji bawang besar merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit kunyit hidup
  • Sedikit belacan jika suka

Bahan-bahan tambahan yang boleh dicampur jika suka :

  • Tomato
  • Bendi
  • Daun kesum
  • Bunga kantan

Cara-cara :

  • Letakkan sedikit munyak dan panaskan kuali
  • Masukkan bahan yang telah dikisar dan masak sehingga garing dan pecah minyak.
  • Tambahkan air dan air asam jawa mengikut kesesuaian
  • Setelah mendidih, masukkan ikan
  • Akhir sekali tambahkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut cita rasa.

Gulai Ikan Nyok Nyok

ikan nyok nyok

Bahan-bahan :

  • Ikan nyok-nyok
  • 4 sudu besar rempah kari ikan
  • Santan (jenis cair, jangan terlalu pekat)
  • Air asam jawa
  • Bendi
  • Tomato
  • Cili padi
  • Bahan untuk dikisar bersama rempah kari :
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit kunyit
  • 1 tangkai daun kari

Bahan tumis :

  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 sudu teh halba campur
  • 2 tangkai daun kari

Cara memasak :

  • Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis
  • Bila sudah kekuningan, masukkan bahan kisar
  • Tumis beberapa kali dan tambahkan air sebanyak 2 ke 3 kali sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak
  • Kemudian, masukkan garam dan air asam jawa
  • Tumiskan seketika lalu masukkan air secukup
  • Seterusnya, masukkan ikan dan masakkan sehingga mendidih
  • Akhir sekali, masukkan tomato, bendi, terung dan cili padi
  • Gulai ikan sedia untuk dihidang

Diharapkan info ikan nyok nyok di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Resepi Ikan Nyok Nyok Yang Wajib Dicuba (ecentral.my)