PLKN 3.0 : Fasa Latihan, Tempoh & Tarikh Pelaksanaan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai PLKN 3.0 : Fasa Latihan, Tempoh & Tarikh Pelaksanaan

Lain: Senarai Jenis Cuti Tanpa Rekod

Apa itu Program Latihan Khidmat Negara PLKN

PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.

Struktur Latihan Khidmat Negara merangkumi latihan asas Ketenteraan yang meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.

Program ini pernah dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun.

Pelaksanaan PLKN 3.0

Kerajaan telah bersetuju supaya Kementerian Pertahanan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan konsep dan format baharu.

Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin menyatakan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan dan merangka modul latihan secara berfasa iaitu:

  1. Fasa Pra PLKN
  2. Fasa Latihan Asas
  3. Projek Rintis
  4. Fasa Latihan Asas di IPTA

Individu Terlibat PLKN

Berikut adalah individu yang akan terlibat dalam PLKN 3.0 mengikut fasa-fasa pelaksanaan tertentu:

1. Fasa Latihan Pra PLKN

Bagi fasa pra PLKN, kata ia akan diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai persiapan bagi mereka menjalani latihan selepas berusia 17 tahun, merangkumi pelajar di Tingkatan 4 saja semasa kegiatan kokurikulum.

2. Fasa Latihan Asas PLKN

Bagi fasa latihan asas PLKN ia melibatkan remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.

Latihan asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30 peratus dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70 peratus. Latihan tersebut bersifat intensif, lapangan serta praktikal.

3. Fasa Peringkat Latihan Lanjutan

Fasa peringkat latihan lanjutan sedang dibincang sama ada perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN.

Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, peserta akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini.

Sementara itu, ramai yang tertanya-tanya pembabitan had usia 35 tahun dalam program ini.

Sebenarnya, memang ada klausa yang menyatakan bahawa Program Latihan Khidmat Negara melibatkan mereka berumur dari 16 sehingga 35 tahun.

Walaubagaimanapun, Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang lahir pada 2007 saja akan menjalani program ini.

Lokasi PLKN

Lokasi latihan melibatkan 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.

Tempoh & Tarikh Pelaksanaan PLKN 3.0

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, bagi fasa asas di IPTA, ia akan bermula pada pengambilan pelajar sesi akademik 2026/2027. Ia djangka dimulakan pada April 2026.

Bagi fasa pra PLKN di peringkat sekolah, ia akan dilaksanakan bersama dengan ketetapan pelaksanaan modul generasi MADANI oleh KPM dan dijangka bermula pada Jun dan Julai tahun 2025.

Projek rintis yang bermula pada Jun dan Julai 2025 bakal melibatkan dua kem wataniah dengan sasaran penyertaan seramai 1,000 peserta.

Maklumat Lanjut PLKN 2024/2025

Untuk mendapatkan info terkini dan update terbaru tentang pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 ini, sila ikuti saluran berikut:

Diharapkan info plkn di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: PLKN 3.0 : Fasa, Tempoh & Tarikh Pelaksanaan [TERKINI] (ecentral.my)