Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Khasiat bunga telang untuk kesihatan dalaman dan luaran yang perlu anda tahu
Lain: Khasiat Tembikai Yang Perlu Anda Tahu
Khasiat Bunga Telang
Berikut adalah senarai khasiat bunga telang
Bantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah
Berdasarkan beberapa jurnal, dikatakan ekstrak bunga telang dan daunnya mampu merendahkan paras glukosa dalam darah serta meningkatkan penghasilan insulin secara berkesan.
Khasiat Bunga Telang : Baik Untuk Kesihatan Mata
Daun bunga telang mengandungi pelbagai khasiat untuk yang baik untuk penglihatan antaranya alkaloid, flavonoi, oksalat dan saponin.
Sebuah kajian turut membuktikan bahawa ekstrak bunga telang berpotensi untuk mengubati jangkitan mata dan mencegah penyakit konjunktivitis.
Kecantikan Kulit
Bunga ini padat dengan khasiat antioksida dan vitamin A, C dan E untuk kecantikan kulit dan dapat melindungi kulit daripada bakteria, alahan dan keradangan.
Memulihkan Masalah Insomnia
Bunga telang didapati mampu merangsang penghasilan dopamine yang boleh meredakan tekanan dan sekaligus menjadikan tidur lebih lena pada malam hari.
Ia juga sesuai untuk diminum sebelum tidur kerana bebas kafein.
Menyihatkan Organ Dalaman Wanita
Memetik Journal of Traditional dan Complimentary Medicine, penggunaan bunga telang didapati berkesan dalam mengatasi masalah kesihatan dalam wanita seperti kitaran haid tidak teratur dan masalah keputihan.
Antikanser
Sebuah kajian juga mendapati bunga berwarna biru ini mengandungi sebatian taraxerol, iaitu komponen antikanser yang turut berfungsi sebagai antiradang.
Diharapkan info khasiat bunga telang di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna
Sumber: Khasiat Bunga Telang Untuk Kesihatan Dalaman dan Luaran (ecentral.my)