Cara Solat Hari Raya Haji Aidiladha Di Rumah PKP

Solat hari raya Haji atau Qurban (Aidiladha) sunat ditunaikan dengan dua rakaat dan kemudian khutbah disampaikan setelah selesai solat. Kebiasaannya pada tahun-tahun sebelum ini solat hari raya haji dilakukan di masjid. Namun begitu, berikutan dengan PKP pada tahun 2020, ruang untuk solat di setiap masjid dihadkan kepada beberapa orang sahaja dan umat Islam lain digalakkan untuk melakukan solat hari raya haji di rumah dengan ahli-ahli keluarga terdekat.

Dibawah ini disertakan cara dan panduan untuk solat hari raya Haji atau Qurban (Aidiladha) di rumah berserta pautan untuk teks bacaan khutbah solat hari raya haji bagi tahun 2020.

Cara Solat Sunat Hari Raya Haji Aidiladha Di Rumah

Caranya adalah sama seperti yang terdapat di pautan Cara Solat Sunat Hari Raya Haji Aidiladha, cuma terdapat beberapa panduan tambahan seperti dibawah yang dijelaskan oleh mufti perak:

  1. Solat sunat hari raya hendaklah dilaksanakan di rumah masing-masing;
  2. Solat sunat hari raya boleh dilaksanakan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian;
  3. Hanya dibenarkan berjemaah dalam kalangan ahli keluarga dalam rumah tersebut sahaja;
  4. Ahli keluarga yang baru sembuh dari COVID-19 dan yang diarahkan untuk kuarantin di rumah tidak dibenarkan menyertai solat sunat secara berjemaah;
  5. Walau bagaimanapun, kedua-dua individu dalam kategori tersebut boleh melaksanakan solat sunat hari raya secara bersendirian;
  6. Pesakit dan petugas di hospital dibenarkan melaksanakan solat sunat hari raya tertakluk kepada peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak KKM;
  7. Bagi petugas yang diamanahkan bertugas di surau/masjid, mereka boleh melaksanakan solat sunat hari raya tertakluk kepada pekeliling dan arahan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

Teks Khutbah Hari Raya Haji Aidiladha 2020

Walaupun hukum membaca khutbah hari raya haji adalah sunat, namun ketua keluarga digalakkan untuk membacanya kepada ahli-ahli keluarga setelah selesai solat. Untuk tahun 2020, tajuk khutbah hari raya haji aidiladha adalah Pengorbanan Dalam Pengorbanan. Anda boleh memuat turun dan menyimpan untuk dibaca pada hari raya kelak.

Leave a Comment