Lafaz Takbir Raya Aidil Adha, Kaifiat & Waktu Takbir Raya

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan lafaz takbir hari raya aidil adha dan panduannya.

Tips lain: Cara Solat Hari Raya Haji Aidiladha Di Rumah PKP

Takbir Raya Aidil Adha

Jenis Takbir Hari Raya Aidil Adha

Terdapat 2 jenis takbir raya iaitu:

Takbir Mursal atau Muthlaq (المرسل أو المطلق)
Bermula sebaik sahaja terbenam matahari pada malam hari raya (sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha), dan ia berterusan hinggalah apabila imam mula mengangkat takbir bagi menunaikan Solat Hari Raya.

Takbir Muqayyad (المقيد)
Bermula bermula dari solat Subuh Hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) hinggalah selepas solat Asar pada Hari Tasyrik terakhir (13 Zulhijjah).

Kaifiat Takbir & Waktu Takbir Aidiladha

Sunat terus bertakbir sebaik sahaja selesai solat setiap solat fardhu bermula pagi 9 Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13 Zulhijjah.

Sunat mengkemudiankan zikir selepas takbir muqayyad.

Dalil hadis sunat bertakbir bermula selepas Solat Subuh 9 Zulhijjah hingga Solat Asar 13 Zulhijjah
عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ ، وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ ، آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

Daripada Ali dan Ammar RA:

Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah (9 Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13 Zulhijjah).
(HR al-Hakim No: 1111) Status : Isnad Sahih

*NOTA: Bagi orang yang berihram untuk mengerjakan ibadat haji, mengucapkan talbiah lebih afdhal. Manakala afdhal bagi yang tidak mengerjakan ibadat haji untuk melaksanakan takbir selepas solat bermula 9 Zulhijjah.

takbir aidil adha

Lafaz Takbir Hari Raya Aidil Adha

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Ertinya : Allah Maha besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً واَصِيْلاً, لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَلَانَعْبُدُ اِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ, وَلَوْ كَرِهَ الكَا فِرُونَ, لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ, وَأَعَزَّجُنْدَهُ وَهَزَمَ الْاَحْزَابَ وَاحْدَهُ, لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Ertinya : Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-sebanyak puji, dan Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya, dengan memurnikan agama Islam, meskipun orang-orang kafir membencinya. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan ke Esaan-Nya, Dia dzat yang menepati janji, dzat yang menolong hamba-Nya dan memuliakan bala tentara-Nya dan menyiksa musuh dengan ke Esaan-Nya. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya untuk Allah.

Muat turun Takbir Raya Idul Adha Rumi PDF dalam tulisan rumi.

lafaz takbir raya

Sumber: Harian Post