Pengumuman berkaitan dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) pada Jumaat lepas telah menerima pelbagai reaksi positif dari rakyat Malaysia.
Bukan sahaja rakyat rasa senang hati dengan bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan, malah ramai terhibur dengan TSMY yang menggunakan contoh Makcik Kiah dalam menjelaskan manfaat-manfaat yang bakal diperoleh oleh rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi yang terlepas ucapan TSMY, anda boleh lihat video di bawah ini ataupun rujuk semula teks ucapan di sini.
Ucapan TSMY ditamatkan dengan kata-kata yang amat sedih dimana beliau berkata:
Saudara-saudari yang saya kasihi, we are a nation at war with invisible forces. The situation we are now facing is unprecedented in history. And, this government may not be the government that you voted for. But I want all of you to know that this government cares for you. I resigned to the fact that I came in as your Prime Minister not at the best moment. I face political, economic and health crisis all at the same time. This unprecedented situation of course requires unprecedented measures. So, my dear brothers and sisters, and the children of this beloved country, whether you are a Malay, Chinese, Indian, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, orang asal, please bear with me and my friends in the cabinet and the government. We are not perfect, but we are doing the best we can to pull through this crisis together, as one nation. God willing, we will come out stronger when this crisis ends and the dust settles. InsyaAllah. Saya minta sokongan daripada saudara dan saudari sekalian, marilah kita berganding bahu mengharungi krisis ini bersama-sama.
Ekoran daripada ucapan TSMY yang memberi kesan yang mendalam, ramai tertanya-tanya siapakah penulis teks ucapan beliau. Persoalan tersebut terjawab menerusi satu perkongsian Facebook dari Khairul Hakimin Muhammad yang berkata bahawa kemungkinan besar penulis teks tersebut adalah Datuk Dr Marzuki Mohamad, yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Malaysia.
Datuk Dr Marzuki Mohamad sebelum ini merupakan seorang pensyarah di UIAM, kemudiannya melangkah masuk ke Pejabat YB Timbalan kepada Perdana Menteri ke-6 pada tahun 2009 hingga ke 2013 (TSMY), kemudiannya mengikuti lagi TSMY semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan pada 2013-2015. Selepas itu beliau kembali ke UIAM dan menjadi pensyarah dalam dunia Sains Politik. Pada 1hb Mac lepas, beliau kembali Pada 1hb Mac lepas, beliau kembali sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada TSMY.
Lebih menarik lagi, nama ibu Datuk Dr Marzuki Mohamad adalah Puan Rokiah Pa’chu, dimana ramai beranggapan bahawa watak Makcik Kiah berasal dari situ. Ini menguatkan lagi teori bahawa Datuk Dr Marzuki Mohamad adalah penulis teks ucapan tersebut.
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad