Rakyat Malaysia yang calon lepasan SPM, STPM, STAM atau setaraf dengannya yang berminat untuk mohon kerja dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah digalakkan untuk mendaftar bagi memenuhi kekosongan dalam setiap bidang jawatan sektor awam yang ada menerusi SPA9.
SPA9 merupakan sistem yang sudah dinaiktaraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA9 menggantikan SPA8i login untuk mengakses sepenuhnya Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Sektor Awam (Login SPA9).
Apakah itu SPA9?
Spa9 adalah borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang digunakan oleh pemohon untuk memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan.
Perbezaan SPA8i dengan SPA9
Berbanding login SPA8i yang kebanyakan maklumat perlu diisi secara manual, bagi permohonan SPA9, maklumat akademik serta maklumat peribadi dijana secara automatik daripada agensi/jabatan berkaitan.
Permohonan SPA9 Kerja Kosong Kerajaan Terkini Bagi Lepasan SPM STPM STAM
Berikut adalah maklumat mengenai cara untuk membuat permohonan atau pendaftaran pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam (kerja kerajaan) kepada calon yang berminat.
Tarikh Permohonan
Permohonan SPA9 dibuka sepanjang tahun di mana pemohon boleh memohon terlebih dahulu semua jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik. Namun pengambilan hanya dibuat sebaik sahaja iklan kekosongan dikeluarkan bagi jawatan yang mengalami kekosongan.
Harus diingat tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun. Justeru dinasihatkan apabila iklan kekosangan jawatan dikeluarkan, pemohon hendaklah menghantar atau mengesahkan permohonan dalam tempoh tersebut.
Cara Membuat Permohonan Dan Kemaskini
Untuk membuat Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam secara atas talian (online) sila ikuti langkah berikut:
- Layari Portal SPA9: https://spa9.spa.gov.my/login
- Klik “Pendaftaran Pengguna“untuk ke Halaman Pendaftaran
- Isi semua maklumat diperlukan dan klik ‘Hantar”
- Pendaftaran berjaya dan login semula ke SPA9 dengan Klik “Log Masuk”
- Sekiranya belum pernah mengisi SPA8i sebelum ini, sila isikan semua maklumat peribadi, maklumat kelayakan akademik, serta maklumat lain yang berkaitan dan klik “Seterusnya”
- Tiba di bahagian Jawatan Dipohon, klik pada pilihan “Jawatan Yang Layak Dimohon” dan klik “+tambah”
- Setelah itu pastikan klik pada “Pengakuan Pemohon” dan klik petak SETUJU. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diisi, klik “HANTAR”
- Untuk semak status permohonan klik “Permohonan Yang Telah Didaftarkan”
- Untuk melihat status permohonan semasa klik ” Status Permohonan Semasa”
Kelayakan Permohonan Pendaftaran
Berikut adalah maklumat berkaitan syarat kelayakan akademik atau taraf pendidikan bagi tujuan permohonan pekerjaan ke perkhidmatan awam:
- Pemohon Lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)
- Pemohon Lepasan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran / Persekolahan Malaysia)
- Ijazah/ Sarjana/ PHD
Semakan Status Permohonan SPA9
Untuk membuat Kemaskini Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam secara atas talian (online) sila ikuti langkah berikut:
- Login ke Portal SPA9: https://spa9.spa.gov.my/login
- Klik ke “Semakan Permohonan”
- Paparan permohonan yang telah didaftarkan akan dipaparkan beserta tarikh daftar dan tarikh luput.
Maklumat Penting
Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa
- Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun
- Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja
- Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu (maklumat akademik)
1. Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja
2. Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM
3. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan - SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam dan menghantar semula permohonan
Info Tambahan
- Deskripsi Tugas : Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Skop Kerja)
- Semakan Penjadualan Temuduga/Ujian: Semakan Status Permohonan SPA Online
Maklumat Lanjut
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan ingin mendapatkan penjelasan, sila rujuk pautan yang disediakan berikut:
- Soalan Lazim Dan Jawapan Berkaitan Urusan Pendaftaran Pekerjaan
- Manual Pengguna SPA9
- Portal Rasmi SPA
- Telefon: 03 8091 9000