Cara Isi e-Filing Borang Cukai Pendapatan (e-BE)

Dalam artikel kali ini kami akan berkongsikan cara mengisi borang cukai pendapatan atau cara isi borang e-BE melalui sistem e-Filing ezHASiL LDHNM. Ada antara anda yang sudah biasa buat e-Filing, tapi ada juga yang baru pertama kali nak buat e-Filing. Atau mungkin ada yang sebelum ini menghantar borang secara manual buat pertama kali hendak guna sistem online di EZ Hasil.

Buat pengetahuan anda, eFiling boleh diisi bermula 1 Mac pada setiap tahun dan setiap individu yang menerima gaji minimum RM34,000 setahun atau RM2,833.33 sebulan, selepas potongan KWSP layak dikenakan cukai pendapatan.

Apa Itu eFiling LHDN

Buat pengetahuan semua, e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui laman web rasmi LHDN iaitu https://ez.hasil.gov.my untuk log masuk ke Sistem ezHASiL.

Walaupun borang manual masih diterima, pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya mudah, cepat dan selamat. Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2020 dan Tahun Taksiran 2020 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT,MT, TF dan TP bermula 1 Mac ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini, berkata sistem e-Filing boleh diakses melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my dan terus ke ‘MyTax’, seterusnya ke ‘Perkhidmatan ezHasil’ dan ‘e-Filing’.

efiling

Cara Daftar eFiling

Bagi pengguna kali pertama, sila ikuti beberapa langkah mudah di bawah untuk daftar efiling:

Isi Borang eDaftar Online

Pendaftaran boleh dibuat online melalui portal rasmi http://edaftar.hasil.gov.my. Anda akan dibawa ke halaman seperti berikut:

edaftar

Selepas selesai anda akan diberi satu nombor permohonan. Pastikan anda mencatat nombor tersebut untuk digunakan ketika mahu menyemak status pendaftaran kelak.

Muat Naik Dokumen Diperlukan

Anda kemudiannya diminta untuk memuat naik salinan dokumen seperti berikut:

  • Pasport bagi bukan warganegara Malaysia yang tidak menjalankan perniagaan
  • Sijil pendaftaran perniagaan bagi warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
  • Pasport dan sijil pendaftaran perniagaan bagi bukan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.

Ketika memuat naik dokumen pengenalan anda, pastikan hanya muka depan yang dengan jelas menunjukkan nama dan no. pengenalan diperlukan.

Semak Status Permohonan EDaftar

Selepas beberapa hari, anda boleh membuat semakan online status permohonan di http://edaftar.hasil.gov.my. Jika permohonan disahkan, anda akan diberikan nombor PIN yang akan digunakan semasa mengisi efiling pula nanti.

Permohonan e-Daftar akan dibatalkan sekiranya tiada dokumen lengkap diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dan pemohon dikehendaki membuat semula permohonan baru berserta dokumen yang lengkap.

Cara lain permohonan nombor PIN bagi individu boleh didapati melalui cawangan LHDNM yang berdekatan. Permohonan nombor PIN e-Filing bagi organisasi boleh dibuat melalui Cawangan LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH).

Anda juga boleh menggunakan pautan Borang Maklum Balas untuk permohonan secara dalam talian.

Cara Isi eFiling

Layari ezHASiL

Layari portal https://ez.hasil.gov.my/ dan pada bahagian Log Masuk, sila isi segala maklumat yang diperlukan kemudian klik Hantar.

cara mengisi efiling

Pilih eBorang

Anda kemudian akan dibawa ke halaman eBorang. Di sini pastikan anda pilih eBorang yang betul. Bagi anda yang bekerja makan gaji tanpa perniagaan pilih borang e-BE.

  • e-E: Majikan
  • e-BE: Individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan
  • e-B: Individu warganegara Malaysia yang ada punca pendapatan perniagaan
  • e-BT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia
  • e-P: Perniagaan perkongsian
  • e-M: Individu bukan warganegara Malaysia
  • e-MT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia

Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

  1. Maklumat Individu
  2. Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
  3. Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
  4. Rumusan

Sila isi dengan lengkap kesemua maklumat yang diperlukan. Ini bagi memudahkan proses pengiraan cukai pendapatan anda. Akhir sekali anda perlu sahkan borang taksiran kemudian hantar kepada pihak LHDN secara online. Bagi yang sukar memahami, boleh rujuk infografik di bawah ini.

Infografik Cara Isi EFiling

cara isi efiling
cara isi efiling
cara isi efiling
cara isi efiling
cara isi efiling
cara isi efiling
cara isi efiling
cara isi efiling
cara isi efiling
cara isi efiling
cara isi efiling
cara isi efiling
cara isi efiling
cara isi efiling
cara isi efiling

Senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun 2020

Berikut adalah pelepasan cukai 2020 yang boleh dituntut dalam cukai taksiran tahun 2020 untuk rujukan anda.

senarai pelepasan cukai

Pertanyaan Mengenai EFiling

Untuk pertanyaan dan bantuan berkaitan e-filing 2020 atau apa-apa kemusykilan tentang cukai pendapatan, hubungi pihak LHDN di saluran berikut:

• Telefon HASiL Care Line: 03-8911 1000
• Faks ke nombor : 03-4289 3400
• E-mel: callcentre@hasil.gov.my
• Kunjungi cawangan HASiL/Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan.

Sumber: Sirap Limau