Cara Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari Secara Online, Minimum RM50 Maksimum RM500 Sebulan

Bermula 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021, anda boleh memohonan untuk pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bagi meringakan beban sewaktu penularan wabak COVID-19. Sebelum anda membuat permohonan, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan di bawah ini untuk memudahkan proses pengeluaran i-Lestari:

  1. Nombor telefon anda yang didaftarkan dengan KWSP adalah AKTIF untuk menerima kod Transaction Authorization Code (TAC).
  2. Bank akaun anda untuk menerima wang pengeluaran adalah AKTIF.
  3. Memenuhi semua syarat di bawah ini:
    • Warganegara Malaysia
    • Berumur di bawah 55 tahun
    • Mempunyai simpanan minimum sebanyak RM50 di Akaun 2 KWSP
    • Pengeluaran minimum RM50 sehingga RM500 sebulan
    • Jumlah pengeluaran setiap bulan bergantung kepada jumlah simpanan yang terdapat dalam Akaun 2 KWSP
    • Jumlah bulan yang dibenarkan untuk pengeluaran bergantung kepada tarikh KWSP menerima permohonan anda sehingga Mac 2021
  4. Permohonan hendaklah dibuat pada tempoh 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021 (permohonan mesti diterima oleh KWSP sebelum 31 Mac 2021)

Sekiranya anda layak dan ingin membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2, anda boleh berbuat demikian secara online menerusi KWSP i-Akaun. Lihat tutorial bergambar dibawah ini (disediakan oleh Harith Faisal). Bagi yang tidak mempunyai akaun online i-Akaun KWSP dan ingin berdaftar secara online, dibawah ini kami turut sediakan tutorial bagaimana untuk berbuat demikian.

pengeluaran akaun 2 i lestari kwsp
pengeluaran akaun 2 i lestari kwsp
pengeluaran akaun 2 i lestari kwsp
pengeluaran akaun 2 i lestari kwsp
pengeluaran akaun 2 i lestari kwsp
pengeluaran akaun 2 i lestari kwsp
pengeluaran akaun 2 i lestari kwsp
pengeluaran akaun 2 i lestari kwsp
pengeluaran akaun 2 i lestari kwsp
pengeluaran akaun 2 i lestari kwsp
pengeluaran akaun 2 i lestari kwsp
pengeluaran akaun 2 i lestari kwsp
pengeluaran akaun 2 i lestari kwsp

Sekiranya anda ingin mendaftarkan akaun baru i-Akaun KWSP secara online, anda boleh daftar melalui emel sahaja. Caranya, masuk laman web KWSP dan klik “Daftar Sekarang Melalui Emel”. Kemudian download borang dan isikan borang tersebut. Di samping itu, anda dikehendaki menyediakan dokumen tambahan seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan depan dan belakang (pastikan dipalang atas faktor keselamatan)
  2. Gambar selfie bersama dengan kad pengenalan.
  3. Bukti pemilikan nombor telefon (contoh: bil telefon atau kontrak pendaftaran telefon)
  4. Salinan penyata akaun bank

Semua dokumen tambahan berserta borang hendaklah diemelkan kepada iakaundaftar@epf.gov.my. Sila rujuk laman web KWSP untuk maklumat lanjut serta format penghantaran emel.

daftar kwsp i-akaun online
daftar kwsp i-akaun online
daftar kwsp i-akaun online

Sekiranya anda lupa ID dan kata laluan untuk log masuk ke akaun i-Akaun KWSP, anda boleh ikuti langkah mudah di bawah ini:

kwsp lupa kata laluan i akaun
kwsp lupa kata laluan i akaun
kwsp lupa kata laluan i akaun
kwsp lupa kata laluan i akaun

Sumber: KWSP, Harith Faisal

Leave a Comment