Cara Permohonan Dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Berikutan dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY), dalam artikel ini anda boleh dapatkan maklumat berkaitan dengan cara untuk memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan semakan status kelayakan.

Klik Sini Untuk Cara Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari Secara Online Bermula 1 April 2020

Untuk pengetahuan anda, pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:

Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Menurut maklumat di atas, sekiranya anda layak dan rekod anda sudah berada dalam sistem kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), anda tidak perlu mengemukakan permohonan baharu. Kepada mereka yang layak tapi belum berdaftar kerana tiada rekod dalam sistem kerajaan, permohonan baru boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM.

Untuk menyemak status BPN, anda boleh berbuat demikian di laman web berikut:

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  2. Bantuan Sara Hidup (BSH)
  3. Kementerian Kewangan Malaysia

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM menerusi nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

Pertanyaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Pertanyaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Sebelum anda hubungi pihak berkaitan untuk pertanyaan, seeloknya anda rujuk dahulu soalan-soalan lazim (FAQ) mengenai BPN yang telah disediakan oleh LHDNM sendiri di bawah:

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Kementerian Kewangan Malaysia

Leave a Comment