Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari – Maksimum RM500 Sebulan Untuk Tempoh 1 Tahun

Berikutan dengan penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19), kerajaan Malaysia semalam (23 Mac 2020) telah memaklumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Ahli dijangka menerima wang pengeluaran tersebut melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020. Lihat infografik mengenai pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 di bawah ini.

Klik Sini Untuk Cara Pengeluaran KWSP Akaun 2 i-Lestari Secara Online Bermula 1 April 2020

Secara ringkasnya;

  1. Kemudahan pengeluaran i-Lestari
    • Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli
    • Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan
    • Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Mei 2020
    • Untuk tempoh maksimum 12 bulan
  2. Pendaftaran
    • Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos
    • Bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian
  3. Permohonan Pengeluaran
    • Disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian kerana proses yang mudah dan cepat (dalam masa 3 hari)
    • Permohonan secara  manual  akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilaksanakan secara manual
  4. Butiran selanjutnya akan dipaparkan di laman sesawang, Facebook KWSP dan Twitter KWSP dalam masa terdekat.
  5. Ahli KWSP diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dengan pihak KWSP.

Buat masa sekarang, anda boleh menyemak baki akaun 2 KWSP anda menggunakan laman web i-Akaun atau menerusi aplikasi i-Akaun (Android dan iPhone).

Sumber: KWSP

Leave a Comment