Akaun Telegram Yang Anda Patut Ikuti Ketika PKP COVID-19

Sewaktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini, penting untuk anda dapatkan informasi terkini dan telus dari pihak kerajaan untuk mengelakkan masalah dari timbul di kemudian hari. Terdapat pelbagai sumber yang boleh dipercayai untuk mendapatkan informasi terkini. Salah satunya adalah menerusi applikasi Telegram.

Bagi yang belum mengetahui, Telegram adalah salah satu aplikasi yang mempunyai fungsi sama seperti WhatsApp. Dalam Telegram anda boleh ikuti channel yang diwujudkan oleh akaun-akaun tertentu. Berikut adalah beberapa channel penting yang anda boleh ikuti untuk mendapatkan informasi terkini dari pihak kerajaan ketika tempoh PKP.

Sebenarnya.my

Channel Sebenarnya.my ini diwujudkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkenaan berita atau kandungan palsu yang diterima secara dalam talian. Segala informasi yang terdapat di dalam channel ini telah dipastikan kesahihannya jadi anda tidak perlu risau untuk berkongsikan maklumat yang terdapat di dalam ini.

Sihat Milikku

Sepanjang tempoh PKP ini, anda boleh dapati informasi berkaitan kesihatan terutamanya yang berkaitan wabak COVID-19 di channel Sihat Milikku yang diciptakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC)

Channel Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) ini adalah channel kedua yang diwujudkan oleh KKM. Di sini anda boleh dapatkan informasi berkaitan persediaan krisis kesihatan dikala penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Disini juga anda boleh dapati kemaskini jumlah kes COVID-19 di negara kita.

Majlis Keselamatan Negara

Channel ini diwujudkan oleh Majlis Keselamatan Negara yang bertujuan untuk berkongsikan maklumat berkaitan langkah-langkah keselamatan sewaktu musim COVID-19 ini. Disamping itu, seperti channel CPRC, anda juga boleh dapati kemaskini berkaitan jumlah kes COVID-19 di negara kita.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) turut tidak ketinggalan dalam mewujudkan channel Telegram untuk menyampaikan maklumat berguna yang tidak fokus semata-mata maklumat berkaitan COVID-19 sahaja. Disini, anda juga boleh dapati maklumat berkaitan pembaharuan atau permohonan lesen memandu.

Sumber: Lowyat.net

Leave a Comment